Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

“Shila, tolong saya boleh, mummy nak pengsan. Saya tahu awak menyanyi dengan bagus, tapi malam ini awak banyak silap.”

Demikian komen juri tetap Famili Duo, Mas Idayu terhadap nyanyian Shila Amzah menerusi persembahan medley, Baby One More Time dan Beat It.



Menurut Mas Idayu, Shila yang bertanding bersama adiknya Syahir banyak melakukan kesilapan tempo dan seperti hilang fokus.

“Awak banyak silap tempo, jangan masuk rumah orang. Saya tahu Shila akan okay sebab nak beri sokongan kepada adik saja.

“Tapi minta maaf saya tak suka persembahan awak malam ini,” katanya secara langsung sebentar tadi.

Menerusi persembahan tersebut, Shila dan Syahir menerima markah terendah sebanyak lima markah daripada kedua-dua juri.



Dalam pada itu, Ajai pula berpendapat, Syahir tidak seharusnya meneruskan karier nyanyian selepas pertandingan.

“Shila saya tahu awak sayang adik awak sangat. Cuma lepas habis ini nyanyian bukan untuk awak. Syahir awak kena buat sesuatu.

“Tapi kakak awak macam buat persembahan sendiri. Awak (Syahir) kena banyakkan lagi usaha untuk bantu kakak awak,” ujarnya.

Shila ketika ditanya pengacara, Janna Nick berhubung penyesalan memilih adiknya sebagai rakan duo menjawab;



“Tidak, saya mahu buka ruang untuk dia teroka bakat dan keluar daripada zon selesanya,” kata penyanyi Memori Tercipta. Utusan

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker