Syed Saddiq, kifarah itu benar

Syed Saddiq, kifarah itu benar

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didapati bersalah atas empat tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada

Hakim Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar rayuan dan hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan.



Terdahulu, Ahli Parlimen Muar itu didapati bersalah selepas Azhar memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah atas dakwaan tersebut.

Syed Saddiq didapati bersalah bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakannya.

Syed Saddiq ketika itu adalah ketua sayap Pemuda Bersatu atau lebih dikenali sebagai Armada.

Beliau juga didapati bersalah menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.



Syed Saddiq juga didapati bersalah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya di sebuah bank di Taman Perling, Johor Bahru pada 16 hingga 19 Jun 2018.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh memberi komen di laman FB berkenaan kes Syed Saddiq. Syed Saddiq sebelum ini sombong dan menghina Datuk Seri Najib.

Berikut adalah komen yang ditulis Dr Akmal Saleh :

Moga dipermudahkan segala urusan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Pengajaran pada diri saya sendiri,jangan sombong dan menghina orang lain ketika kita di tampuk kuasa
Kerana kifarah itu benar
#selfreminder



Syed Saddiq, kifarah itu benar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker