Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Aktres Rozita Che Wan atau Che Ta berang apabila seorang individu melemparkan kata-kata negatif terhadap anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dalam Instagram.

Tidak dapat menahan kemarahan anak dituduh sebagai ‘pick me girl’ (rasa diri berbeza dan suka mencari perhatian lelaki), Che Ta atau nama penuhnya Rozita Abu Bakar, 50, menyerang balas individu tersebut dengan memberi amaran supaya tidak meninggalkan komen buruk terhadap anak orang lain.



“Eh! Kau jangan kurang ajar nak komen anak orang lain sesuka hati.

“Jaga diri kau, jangan sampai jadi ‘sun**l!”

“Harap anak kau nanti pun tak jadi ‘sun**l atau call girl’ (pelacur),” katanya dalam InstaStory.

Sebelum itu, individu tersebut meninggalkan komen pada salah stau hantaran Instagram milik Aaisyah dengan berharap tidak menjadi wanita ‘pick me girl’ satu hari nanti.



“Aku harap tak menjadi ‘pick me girl’ apabila sudah besar. Harap nanti jadi anak solehah,” komen individu tersebut.

Sebelum ini, Aaisyah juga kerap menjadi bahan kecaman netizen apabila dikatakan suka bersolek seperti orang dewasa.

Sekadar info, Aaisyah, 9, merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan aktor Zain Saidin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. K Online

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker