Dah saya hodoh – Tom

Dah saya hodoh – Tom

Terkilan dihina berwajah hodoh oleh seorang rakan selebriti, penyanyi Tom mengambil pendekatan bersemuka dengan individu terbabit.

Pemilik nama sebenar Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, itu berkata, dia tidak menyangka rakan dalam industri seni sendiri yang memburukkan-burukkan dirinya tanpa sebarang punca.



“Saya pun baru tahu perkara ini daripada kawan-kawan dalam industri sendiri, tapi tak perlu saya sebutkan namanya kerana perkara ini sudah pun selesai.

“Cuma saya terkilan apabila orang yang kita kenal tikam belakang. Walaupun dia tidak mengakui perkara itu, dia sudah meminta maaf.

“Saya tahu saya tak cantik, asalkan cukup sempurna di mata suami dan anak-anak, tapi tak perlu jaja ke sana sini mengutuk saya,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu keempat program Famili Duo musim tiga (FD3), baru-baru ini.

Isteri kepada penyanyi Fuad Rahman itu mengakui sudah biasa berdepan hinaan, namun dalam keadaan diri yang hamil membuatkan emosinya cepat tersentuh.



Malah katanya, sama seperti wanita lain hal berkaitan kecantikan dan rupa paras adalah perkara sensitif terutama apabila dijadikan bahan hinaan.

“Tak mengapalah saya pun dah padam hantaran itu, biasalah sebagai ibu yang sedang mengandung sekarang saya cepat sangat emosi.

“Saya pun tidak mahu perbesarkan isu ini sebab masing-masing pun punya pendapat sendiri. Dah saya hodoh, nak buat macam mana.

“Walaupun saya sedih, tak mengapalah kecantikan ini semua cuma pinjaman Tuhan,” katanya.



Sementara itu, suaminya, Fuad, 44, pula berharap Tom sentiasa positif selain jangan ambil peduli dengan pandangan jahat individu lain.

“Saya pun baru tahu pasal hinaan dilemparkan kepada isteri saya. Biarlah, paling penting dia cantik di mata saya, luar dan dalam.

“Saya minta dia fikir positif saja dan selalu nasihatkan agar bersabar dan jangan fikir bukan-bukan, lagi-lagi dia tengah mengandung,” ulasya.

Sebelum ini, Tom memuat naik hantaran meluahkan rasa sedih apabila dihina kononnya tidak memiliki paras rupa menawan. K Online



Dah saya hodoh – Tom

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi



Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis



Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker