Pos kawalan tentera Israel dibedil roket Burkan oleh Hizbullah

Burkan missile

Pejuang Hizbullah serentak menyerang beberapa tapak tentera Israel, melancarkan peluru berpandu dan peluru artileri ke arah kawasan utara Palestin yang diduduki dan menyebabkan sejumlah besar korban, lapor Islamic Resistance di Lubnan.

Roket Burkan dilancar pejuang Hizbullah membedil pos kawalan tentera Israel di sempadan Lubnan-Israel.

Ia adalah kali pertama Hizbullah menggunakan roket itu sepanjang konflik kali ini.

Islamic Resistance mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa mereka menyerang Jal Al-Alam, al-Jardah, Hadb Al-Bustan, Malkia, dan pos “Metula”.



Selain itu, kumpulan berkenaan menjatuhkan belon pengawasan Israel yang ditempatkan di kawasan pendudukan di “Misgav Am”.

Kumpulan itu menyatakan bahawa ia pada masa yang sama menyasarkan tapak tentera Israel, dengan serangan paling hebat ini ditujukan ke tapak Jal Al-Alam.

Paling ketara, media Israel mengumumkan buat pertama kalinya, pasukan itu menggunakan roket Burkan yang menyaksikan kemusnahan di pos-pos Israel.

Roket jarak dekat Burkan itu amat digeruni kerana ia dilengkapi letupan seberat di antara 400 hingga 500 kilogram dan boleh menyebabkan kemusnahan besar.



Dikatakan roket berkenaan berkemampuan membedil sasaran sejauh lima kilometer, roket Burkan dibangunkan ketika konflik di Syria.

Direka untuk peperangan jarak dekat, roket itu bersesuaian untuk menyerang kawasan berpenduduk ramai. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker