Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung

Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung

Sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNRWA) yang melindungi kira-kira 20,000 pelarian di utara Gaza dibom tentera Israel pada Khamis, membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, kata agensi berkenaan.

“Ini adalah sekolah rasmi UNRWA di mana kami memberi perlindungan kepada sejumlah orang yang hilang tempat tinggal di Utara Gaza.



“Tempat perlindungan ini telah dimaklumkan dengan jelas, lokasinya diketahui, dan kami mempunyai ribuan orang ketika itu yang mencari perlindungan.

“Laporan pertama yang datang dari Jabalia (kem pelarian, yang menempatkan sebuah sekolah PBB) menunjukkan lebih 20 orang telah terbunuh,” kata ketua UNRWA Philippe Lazzarini kepada CNN.

Dia menambah kemusnahan dan jumlah orang yang terkorban di Gaza begitu dahsyat sehingga ia “tidak boleh dianggap sebagai kerosakan sampingan lagi.”

“Over the last few hours, I received reports that three of our schools sheltering about 20,000 people have been hit.” @UNRWA head Philippe Lazzarini just visited Gaza, the first senior UN official to do so. He joined me to discuss the ongoing humanitarian crisis. pic.twitter.com/96oVDJpHWO
— Christiane Amanpour (@amanpour) November 2, 2023



Dakwaan fosforus putih digunakan

Penyiar berita Palestin, Al Aqsa melaporkan fosforus putih dijatuhkan ke kawasan sekolah-sekolah ini, sepadan dengan video yang dimuat naik di media sosial yang dikatakan dirakam dari tempat kejadian.

Kakitangan kesihatan yang bertugas di Gaza memberitahu Sky News bahawa fosforus putih digunakan berdasarkan penilaian mereka terhadap individu yang cedera dalam serangan Israel.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, fosforus putih, yang sering digunakan oleh tentera untuk menerangi medan perang dan mencipta pelindung asap, “boleh menyebabkan luka bakar yang dalam dan teruk, meresap hingga ke tulang, dan diketahui boleh menyala semula selepas rawatan awal”.



Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata ia boleh menyebabkan menyebabkan kebakaran pada manusia, bangunan, dan kawasan sekitarnya. Senjata pembakar dihadkan di bawah perjanjian PBB.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) Peter Lerner bagaimanapun berkata dia tidak tahu bahan itu digunakan dalam senjata IDF di Gaza.

“IDF beroperasi dalam lingkungan peraturan konflik bersenjata. Alat yang kami gunakan adalah dalam undang-undang kemanusiaan.

“Undang-undang konflik bersenjata tidak melarang penggunaan fosforus digunakan.



“Saya tidak tahu dalam mana-mana keadaan di mana ia telah digunakan tetapi ia boleh digunakan,” katanya kepada Sky News.

Pemerhati Hak Asasi Manusia dan Amnesty International berkata analisis mereka terhadap pertempuran mengesahkan bahawa IDF menggunakan fosforus putih di Gaza dan Lubnan, tetapi dinafikan IDF.

Jumlah kematian di Palestin meningkat lebih 9,000



Kementerian Kesihatan Gaza berkata lebih 9,000 rakyat Palestin telah terbunuh manakala Israel berkata lebih 1,400 rakyatnya telah terkorban sejak keganasan meletus pada 7 Okt.

Mereka kebanyakannya ialah orang awam dan termasuk kanak-kanak. Lebih 200 warga Israel telah dijadikan tebusan oleh Hamas pada 7 Okt lalu.

Sementara itu, IDF memberitahu CNN bahawa keluarga yang terbunuh dalam pengeboman Israel di kem pelarian Jabalia sepatutnya tidak berada di situ dan sepatutnya dipindahkan.

Mengulas klip video Reuters yang menunjukkan seorang lelaki menyenaraikan nama 15 ahli keluarganya yang terbunuh dalam serangan itu, jurucakap IDF Jonathan Conricus berkata: “Apa yang boleh saya katakan kepada lelaki itu, tanpa sedikit sinis pun, kamu sepatutnya berpindah, kamu dan keluarga kamu, kamu tidak sepatutnya berada di sana.”



Dia juga berkata pelarian di kem Jabalia sedar mengenai dakwaan operasi Hamas di situ dan sepatutnya tahu akan berlaku pertempuran hebat di kawasan itu.

Ketika ditanya oleh CNN sama ada wajar meminta ribuan pelarian dan orang miskin keluar dalam tempoh singkat, Cornicus berkata Jabalia bukan kem pelarian sementara tetapi kediaman tetap rakyat Palestin.

“Mereka bukan pelarian sama seperti nenek moyang saya bukan pelarian yang datang dari Poland dan Maghribi pada tahun 1948,” katanya.

Kem pelarian Jabalia adalah kem pelarian terbesar di Gaza, dan merupakan tempat tinggal bagi orang Palestin yang telah berdepan dalam pelbagai peperangan dengan Israel sejak tahun 1948.

IDF berkata ia menyasarkan pemimpin Hamas, Ibrahim Biari, yang bersembunyi di situ dan telah terbunuh dalam serangan itu. Hamas menafikan perkara ini.

Keadaan makin tidak terkawal

Sempadan Gaza dikawal ketat oleh Mesir dan Israel sejak tahun 2005 apabila Hamas mengambil alih, dengan mengenakan sekatan perdagangan dan bekalan kepada penduduk awam.

Lazzarinni dari UNRWA berkata sebelum 7 Okt, komuniti antarabangsa yang diketuai UNRWA menyediakan separuh daripada keperluan makanan untuk 1.2 juta orang yang tinggal di Gaza.

Ia disediakan melalui kira-kira 500 trak bantuan yang memasuki Gaza setiap hari melalui persimpangan Rafah ke Mesir, tetapi kurang daripada 300 trak yang membawa bantuan dibenarkan masuk ke Gaza sejak 7 Okt, katanya.

Dia berkata keadaan terdesak dan keadaan yang makin tidak terkawal menyebabkan kakitangan UNRWA sukar mengangkut roti dari kedai roti ke tempat perlindungan mereka, memandangkan terdapat ratusan orang yang kelaparan di hadapan kedai roti itu mencari makanan.

Dia menambah perkhidmatan tersebut juga perlu ditutup dalam masa beberapa hari jika bahan api terus disekat daripada memasuki Gaza.

Menurutnya UNRWA berjaya mendapatkan bahan api daripada entiti komersial di Gaza selepas bekalan mereka kehabisan, tetapi ia juga semakin berkurang dengan cepat.

“Dalam beberapa hari mendatang, kami tidak akan dapat membekalkan kedai roti, hospital dan stesen air dan pada hari-hari mendatang kami mungkin tidak dapat mengalihkan trak kami ke Genting Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada 700,000 orang yang berlindung di tempat kami dan penduduk yang lain,” katanya.

Dia menambah mereka yang mematuhi amaran Israel dan berpindah ke selatan Gaza dengan membawa sedikit barangan juga menderita akibat kekurangan sumber. Mk

Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker