Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin

Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kerana keengganan negara menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Perdana Menteri berkata, dua notis yang dipanggil demarche itu diterima Kementerian Luar masing-masing pada 13 dan 30 Oktober lalu, manakala satu notis lagi tidak dinyatakan tariknya.



“Oleh kerana keengganan kita membantah tindakan Hamas dan tidak menganggap Hamas sebagai pengganas, saya mendapat maklumat melalui Kementerian Luar sudah menerima demarche iaitu tata tindak daripada Kedutaan AS sebanyak tiga kali.

“Ia disebabkan pendirian kita terutama keengganan kita menganggap Hamas itu sebagai badan pengganas.

“Saya sudah menjawab dalam majlis (solidariti Palestin) di stadium baru-baru ini, saya tegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita dengan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan itu (salah) dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa kerana perkara ini sudah berlarutan berdekad sejak 1948,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMTQ) di Dewan Rakyat hari ini. BH



Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker