FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

Kehadiran suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red pada konsert minggu ketiga Famili Duo musim tiga (FD3), malam ini membuktikan rumah tangga mereka tidak goyah seperti dakwaan segelintir pihak.

Ahli perniagaan terbabit mengakui kehadiran menyaksikan program realiti tersebut bagi memberikan sokongan kepada isteri tercinta serta adik iparnya, Emma yang menjadi peserta
pertandingan.



“Good luck (selamat berjaya) dan I love you (Saya cintakan awak),” katanya ringkas ketika ditemubual pengacara, Izzue Islam.

Malam ini, pasangan duo adik-beradik itu meraih pujian juri apabila meraih sembilan dan 10 markah daripada Mas Idayu dan Ajai.

Mereka menunjukkan persembahan bertenaga ketika membawakan lagu Tiada Tangis Lagi nyanyian asal Ella dan Hukum Karma (Wings) secara medley.

Sementara itu, Adira yang membawa anak sulung mereka, Anggerik, 6, ke pentas FD3 tampak malu-malu apabila diusik Izzue dan teman gandingannya, Janna Nick.



Apabila diminta membalas kembali ucapan cinta kepada suami atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, penyanyi berusia 32 tahun itu hanya meminta tunggu sahaja di rumah. K Online

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker