Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

SEORANG murid lelaki Tingkatan Lima maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 13.5 Jalan Kluang-Batu Pahat pada 7.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa Shahrunizam Mohd Shamsul, 17 mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading.

“Sampai di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa telah berlanggar dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan dan membuat pusingan U,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jelasnya, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tangki minyak diesel bahagian kiri lori sehingga menyebabkan berlaku satu letupan kecil.

Katanya, pemandu lori berusia 33 tahun dan kelindang berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.



“Pemandu lori telah ditahan dan perintah tahanan reman akan dilakukan,” ujarnya.

Saringan air kencing ke atas pemandu adalah negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang melihat kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 07-94327704 untuk membantu siasatan. Utv

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker