Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti

Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti

Seorang ahli politik MCA berkata dia hanya memberikan pandangan kepada PAS untuk membolehkan parti itu mendapat lebih banyak sokongan daripada masyarakat bukan Islam.

Bekas naib presiden MCA, Ti Lian Ker, berkata dia cuma menyampaikan perasaan masyarakat bukan Islam apabila mereka dirujuk sebagai “kafir” dalam nada yang merendah-rendahkan oleh sesetengah ahli politik khususnya PAS.



“Ini adalah sahutan terhadap hasrat Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) yang menyarankan ahli PAS menggiatkan usaha menarik lebih ramai sokongan pengundi bukan Islam.

“Bolehkah PAS dapat lebih undi dengan seruan ‘dapatkan undi kafir’ untuk mereka?” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Ti berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pendakwah bebas Firdaus Wong yang mempersoalkan sikap orang bukan Islam yang enggan dirujuk dengan istilah “kafir”.

Kata Firdaus, kafir dan bukan Muslim membawa maksud yang sama dan cuma dibezaan dari segi bahasa.



“Kafir istilah dalam bahasa Arab, bukan Muslim terjemahan ke bahasa Melayu yang membawa maksud kafir. Maksudnya sama. Takkanlah Islamofobia sampai jadi Arabfobia pula?

“Kenapa nak berasa tersinggung kalau dipanggil kafir sedangkan maknanya sama dengan non Muslim atau bukan Muslim?” tulis Firdaus di Facebook.

Sukarkan langkah Gerakan

Mengulas lanjut Ti berkata dia tidak pernah menyentuh tentang makna “kafir” dalam konteks Islam, bahkan cuba memberikan nasihat politik semata-mata.



Katanya, panggilan “kafir” mengikut tafsiran perundangan atau kedudukan seseorang warganegara Malaysia adalah salah kerana sistem perundangan negara tidak mengkategorikan golongan kafir harbi atau kafir zimmi.

“Oleh itu dalam nasihat saya kepada PAS ialah, hentikan panggil ‘kafir’ mengikut cara PAS yang biasanya dalam nada ejekan politik.

“Umno? Amanah mahupun Bersatu tidak berbuat sedemikian.

“Bukalah hati dan minda untuk berbicara secara ilmiah dan intelektual bersama hati yang suci dalam semangat keagamaan dan bukannya politik,” katanya.



Pada 22 Okt lalu Ti berkata dia meragui kesungguhan PAS dan PN untuk memelihara kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam usaha mereka menarik sokongan orang bukan Islam.

Kata Ti, adalah lebih baik Abdul Hadi meminta ahli PAS agar berhenti merujuk orang bukan Islam sebagai “kafir” seperti sebelum ini.

“Abdul Hadi dah banyak kali bercakap sehingga Gerakan (salah satu parti komponen PN) tidak mampu meyakinkan orang bukan Islam untuk mengundi PAS,” katanya.

Ti juga mengingatkan PAS sebelum ini pernah menganggap Umno sebagai parti kafir kerana kerana bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain.



Sehari sebelum itu Ahli Parlimen Kepong menyenaraikan tiga cadangan untuk membolehkan PAS menarik sokongan masyarakat bukan Islam seperti dihasratkan Abdul Hadi.

Pertama, kata Lim, PAS mesti mengakui Malaysia sebuah negara sekular, diikuti langkah berhenti orang bukan Muslim sebagai kafir, serta yang ketiga, Abdul Hadi mengakui bahawa isu rasuah sudah begitu meluas di negara ini dan tidak hanya membabitkan masyarakat bukan Islam. Mk

Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker