Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas

Seorang Ahli Parlimen pembangkang membidas keputusan kerajaan menggunakan kenderaan elektrik (EV) sebagai kenderaan rasmi ketika ekonomi negara tidak menentu.

“Dalam keadaan ekonomi tak tentu ini, kerajaan boleh pula umum beli EV, sedangkan rakyat hanya dapat Bantuan Tunai Rakyat (BTR), walhal Vellfire sedia ada baru berusia setahun lebih,” kata Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) dalam perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 mengumumkan Putrajaya akan menggunakan EV sebagai kenderaan rasmi dalam usaha melonjakkan pembangunan industri EV tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV.



Katanya, kerajaan mengalu-alukan pelaburan RM170 juta oleh syarikat terkemuka seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan EV.

Sementara itu, Latiff turut membidas ringgit susut kepada 4.77 berbanding dolar Amerika petang tadi, yang disifatkannya prestasi terburuk di Asia.

“Tentu rakyat Malaysia tak lupa ungkapan Tambun (Anwar Ibrahim) bila ringgit jatuh pada zaman pemerintahan lalu. ‘Sebab apa ringgit jatuh? Sebab hang tak pandai perintah negeri ini’.

“Seakan ungkapan Tambun itu terpercik di muka sendiri,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker