Ditikam 40 kali kerana kacau isteri rakan

Ditikam 40 kali kerana kacau isteri rakan

KOTA BHARU – Mempunyai hubungan sulit dengan isteri rakan sendiri menjadi punca seorang lelaki etnik Rohingya maut ditikam sebanyak 40 kali pada bahagian dada dan perut di kawasan kebun jagung di Kampung Melor Lama di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, buruh yang berusia 44 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tikaman bertubi-tubi dengan sebilah pisau pemotong sayur.



Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa dipercayai bergaduh dengan suspek yang juga rakan senegeranya sendiri berusia 32 tahun.

“Suspek dipercayai cemburu apabila mangsa datang ke rumah sewanya pagi semalam. Dia mengesyaki mangsa dan isterinya yang berusia 29 tahun mempunyai hubungan sulit sebelum berlaku pergaduhan antara kedua-dua lelaki itu.

“Selepas bergaduh di dalam rumah, mangsa dipercayai melarikan diri ke kebun jagung berhampiran kediaman tersebut sebelum ditikam oleh suspek di kawasan itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pemeriksaan di dalam rumah itu menemui sebilah pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa membunuh mangsa.



Katanya, suspek dan isterinya ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kosmo! hari ini melaporkan, seorang lelaki etnik Rohingya ditemui mati akibat ditikam dengan sebilah pisau oleh rakan senegaranya sendiri selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Melor Lama di sini, semalam. K Online

Ditikam 40 kali kerana kacau isteri rakan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya



Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker