Jaja reda bercerai dengan pelawak dan penyampai radio

Jaja reda bercerai dengan pelawak dan penyampai radio

“Bila kita dah memaafkan orang, perasaan kita akan menjadi lebih tenang dan kehidupan juga Allah permudahkan.”

Demikian kata bekas isteri pelawak dan penyampai radio, Chot XOXO, Siti Zafirul Azzah atau Jaja berkongsi perasaan tenang dan reda dengan perceraian yang berlaku.



Jaja, 34, ketika ditemui berkata, sengketa antara pasangan yang sudah bercerai akan merumitkan keadaan dan memberi kesan kepada anak hasil perkahwinan mereka.

“Hubungan dengan bekas suami, setakat ini okay sahaja. Bagi saya, untuk apa kita nak terus bertelingkah dan bersengketa sebab yang paling utama adalah, anak. Kalau berterusan bersengketa, sampai bila baru kita nak berbaik.

“Jadi, bila kita dah berbaik, saya rasa lebih tenang berbanding sebelum ini. Saya dah maafkan dia juga dan itu membuatkan perasaan saya lebih tenang.

“Sekarang, bila dah teruskan kehidupan dengan tenang, saya tak rasa ada beban lagi di bahu saya dan kalau nak buat apa-apa pun, semuanya lebih tenang dan mudah,” katanya kepada Harian Metro.



Ditanya mengenai situasi anak mereka, Ahmed Sher Hayyaz, Jaja berkata, dia dan Chot membahagikan masa sama rata kepada anak mereka itu.

“Hak penjagaan anak kami okay sahaja dan masa dibahagikan sama rata. Sebulan, anak bersama saya dan sebulan, anak akan bersama bekas suami,” katanya.

Tambah Jaja, apa yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini dianggap sebagai ujian untuknya sebagai manusia.

“Apa yang berlaku sebelum ini dalam kehidupan dan rumah tangga saya, saya anggap sebagai satu titik yang mengajar saya menjadi manusia lebih baik.



“Kalau ada jodoh dengan orang lain di masa akan datang, saya akan cuba jadi yang terbaik. Semua orang nak jadi yang terbaik, kan?

“Kalau Allah nak uji, bila-bila pun Dia boleh uji. Tapi, kita sebagai hamba-Nya, cuba jadi yang lebih baik. Insya-Allah.

“Kepada mereka di luar sana, apa pun yang berlaku kepada kita, kita kena kuat. Tak kiralah sama ada anda ada anak atau tidak, kita kena kuat.

“Allah Maha Baik dan kita kena percaya kepada-Nya sebab dia akan berikan sesuatu yang lebih baik,” katanya.



Selain menjalankan perniagaan, Jaja kini sibuk menggalas tugas sebagai penyanyi jalanan (busker) pada setiap hujung minggu di satu restoran, di pesisir Sungai Melaka.

Chot dan Jaja bercerai pada Mac 2022 selepas Jaja memfailkan perceraian. Chot kemudiannya mengikat tali pertunangan dengan Zurina yang juga kakak kepada penyanyi, Syura Badron pada Ogos 2022 dan berkahwin Januari lalu. HM

Jaja reda bercerai dengan pelawak dan penyampai radio

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?



Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker