Iskandar Dzulkarnain tetap selamat walau dipecat Bersatu

Iskandar Dzulkarnain tetap selamat walau dipecat Bersatu

Bersatu masih belum menentukan nasib ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid di sebalik keputusannya untuk menyokong pentadbiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Ketua Pene­rangan Bersatu, Razali Idris berkata, parti itu hanya akan mengambil tindakan drastik menggugurkan keahlian Iskandar Dzulkarnain jika dia bertukar kerusi dan duduk di blok kerajaan di Dewan Rakyat.



“Parti belum membincangkan apa tindakan bakal dikenakan, tetapi tidaklah sampai hentikan keahlian.

“Dia kalau cross the line, itu baru (kena) berhenti. Kalau duduk sebelah kerajaan itu lain. Itu yang kena ambil tindakan.

“Beliau mungkin tidak melanggar undang-undang melompat parti, tetapi ini sudah bercanggah dengan prinsip dan perlembagaan parti,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia Online, hari ini.

Pada 12 Oktober lalu, ahli Parlimen Kuala Kangsar itu menyuarakan sokongan kepada kerajaan, dengan memetik kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasannya.



Dia berkata keputusannya itu juga bertujuan untuk menilai sama ada perdana menteri ikhlas dan mengotakan janji memberi peruntukan untuk ahli parlimen yang menyokong dasar kerajaan perpaduan.

Mengulas keputusan itu, Razali mengakui bahawa dia benar-benar terkilan dengan tindakan wakil rakyat Bersatu itu.

“Sebab tiada ribut tiada hujan, tiba-tiba dikhabarkan beliau ditekan oleh kerajaan dan pihak berkuasa. Jika alasan beliau disebabkan peruntukan, pemimpin lain pun berdepan masalah serupa,” katanya.

Sehari selepas mengumumkan keputusan itu, Perikatan Nasional mendakwa kerajaan berterusan menyalahgunakan kuasa bagi melakukan intimidasi serta ugutan terhadap pemimpin pembangkang.



Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mendakwa SPRM mengugut Iskandar Dzulkarnain supaya menyokong Anwar atau menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah.

Portal itu turut memetik Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai berkata hanya Iskandar Dzulkarnain satu-satunya dalam kalangan 29 ahli Parlimen Bersatu menerima ugutan seperti mana dakwaan Hamzah.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Wan Ahmad Wan Omar pula dipetik berkata, dakwaan itu merupakan andaian oleh PN dan tiada bukti kukuh.

Semalam, SPRM menafikan agensi itu terlibat dalam dakwaan bahawa pihaknya cuba menakut-nakutkan ahli parlimen PN itu supaya menyokong kerajaan.



Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, dakwaan PN itu bertujuan untuk mencemarkan nama baik mereka.

Mengenai kedudukan Iskandar Dzulkarnain di Dewan Rakyat, Wan Ahmad berkata, tindakannya, tidak boleh diklasifikasi sebagai melompat parti dan hilang kerusi parlimennya.

Katanya, sebagai ahli Parlimen, wakil rakyat itu berhak mengundi sesiapapun meskipun bercanggah dengan pendirian parti yang diwakilinya.

“Itulah yang dikatakan sebagai demokrasi berparlimen apabila seseorang ahli Parlimen boleh menyatakan sokongannya kepada mana-mana pemimpin parti.



“Justeru, Iskandar masih Ahli Parlimen Kuala Kangsar kerana beliau tidak melompat parti atau keluar daripada Perikatan Nasional (PN),’’ katanya.

Wan Ahmad Fayhsal juga dilaporkan bersetuju dengan pandangan itu.

Dia dipetik sebagai berkata, kedudukan Iskandar Dzulkarnain tidak terjejas walaupun keahliannya dalam Bersatu berkemungkinan digugurkan.

Ini kerana, katanya Bersatu tidak mempunyai klausa undang-undang yang menyatakan mana-mana ahli Parlimen dan Adun yang dipecat daripada parti dianggap sebagai lompat parti dan perlu mengosongkan kerusi dengan serta-merta.



“Tidak ada (undang-undang Bersatu pecat wakil rakyat dianggap lompat parti),” katanya lagi. Mk

Iskandar Dzulkarnain tetap selamat walau dipecat Bersatu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker