Pendang diarah keluar Dewan lagi

Pendang diarah keluar Dewan lagi

Susulan kekecohan yang timbul di Dewan Rakyat selepas tidak berpuas hati apabila usul Taufiq Johari (Pakatan Harapan-Sungai Petani) diluluskan untuk dibahaskan di kamar khas hari ini menyaksikan Awang Solahuddin Hashim (Perikatan Nasional-Pendang) diarahkan keluar.

Dia diminta meninggalkan persidangan Dewan Rakyat sehingga selepas makan tengah hari pada jam 2.30 petang.



Awang menyebut “anak bapa” selepas Shahidan Kassim mempersoalkan mengapa usul Taufiq yang dikemukakan semalam (Rabu) diluluskan sedangkan dia mengemukakan usulnya pada Selasa lalu.

Taufiq adalah anak kepada speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul. Usulnya adalah untuk membahaskan isu sebuah kilang beras di Kedah yang disita kerana disyaki menyorok beras putih tempatan (BPT) seberat 180 tan.

Semasa mengumumkan kelulusan usul Taufiq, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau berkata usul itu telah dibincangkan oleh rakannya, Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor.

Katanya, usul itu diterima selepas memenuhi keperluan di bawah mesyuarat Peraturan Mesyuarat 18(1).



“Pertama itu adalah perkara tertentu, kepentingan orang ramai dan perkara ini perlu disegerakan,” katanya sambil memaklumkan perbahasan itu akan diadakan sesi kamar khas petang ini.

Kedua-dua Taufiq dan RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian menuntut Awang menarik balik kenyataannya, dengan Taufiq turut mempersoalkan apa yang dimaksudkan dengan “anak bapa”.

“Konflik kepentingan,” jawab Awang ringkas, yang mencetuskan satu lagi perbalahan. Mk

Pendang diarah keluar Dewan lagi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu



Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker