Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Biarpun mencecah usia 55 tahun, Badrul Muhayat yang menikahi usahawan, Norhayati Zulkapli, 50, April lalu, tetap mahu bersanding pada majlis resepsi dirancang.

Bagaimanapun, Badrul yang sering melakonkan watak hero pada era 1990-an, terpaksa menangguhkan niat menganjurkan majlis resepsi disebabkan kekangan jadual dan komitmen mereka.



“Kami merancang menganjurkan majlis persandingan, bulan lalu, namun, terpaksa ditangguhkan kerana jadual sibuk.

“Mungkin selepas pulang dari melancong ke lima negara, tidak lama lagi, baru kami rancang anjur majlis resepsi dan persandingan.

“Walau apa sekalipun, saya masih mahu bersanding, biarlah umur sudah masuk 55 tahun. Bagi saya, tidak jadi kesalahan selagi ada masa dan ruang,” katanya ditemui pada majlis tayangan filem Cerana Biduk Bu Merah di sini, Jumaat lalu.

Berkongsi bibit pertemuan dengan isterinya, Badrul mengaku tidak mengambil masa lama untuk menyunting Norhayati.



“Selepas sebulan berkenalan, kami buat keputusan berkahwin dan pilih tarikh lahir saya, iaitu pada 18 April lalu untuk diijabkabul.

“Saya tertarik dengan isteri kerana dia bijak. Dia graduan Universiti Liverpool, England dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Malah, anak-anaknya juga berjaya. Ada yang bergelar doktor dan juruterbang. Saya anggap semua ini ketentuan Allah di mana ada orang berkawan, tiga empat tahun pun belum tentu bertemu jodoh,” katanya yang diperkenalkan kepada Norhayati melalui jiran.

Selepas 13 tahun bergelar duda, kehadiran isteri melengkapkan hidup Badrul.



“Dahulu, saya tinggal sendirian. Adik setiap minggu datang untuk tengok sama ada saya okay atau tidak. Ibu juga hari-hari telefon bertanya khabar.

“Apabila ada isteri, kehidupan mula berubah. Makan minum terjaga, baju ada orang gosokkan, malah berat badan juga bertambah sedikit,” katanya.

Pada September 2010, Badrul bercerai buat kali kedua dengan Julia Daud dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun. BH

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga



Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?



Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker