Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi amaran keras terhadap anggota yang masih bersubahat dengan sindiket jenayah.

Mohd Shuhaily berkata, situasi berkenaan perlu diberi perhatian oleh setiap pegawai atasan atau penyelia dalam JSJ di seluruh negara.

Ia susulan terdapat pegawai yang sanggup ‘menjual’ nyawa rakan setugas demi imbuhan wang daripada sindiket dengan memberikan maklumat salah dalam sesuatu operasi.



“Dalam erti kata lain, dalam pasukan ini kelak, ada yang sanggup membunuh antara satu sama lain disebabkan duit.

“Perkara ini berlaku kerana tiada penyeliaan untuk memantau dan melihat cara hidup pegawai dan anggota bawahan.

“Bagaimana seorang Sarjan mampu memiliki Alphard, Vellfire atau Mercedes? Adakah pegawai atasan mereka atau penyelia bertanya bagaimana boleh memiliki kenderaan mewah? Ada buat pengisytiharan harta?,”tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang di sini, semalam, yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen, Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh Malaysia.



Jelasnya, penyeliaan oleh pegawai atau penyelia atasan ini adalah satu perkara yang sedia ada dalam arahan penugasan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

@cidrmp

𝑪𝑯𝑨𝑵𝑮𝑬 𝑶𝑹 𝒀𝑶𝑼’𝑳𝑳 𝑩𝑬 𝑪𝑯𝑨𝑵𝑮𝑬𝑫 : 𝑨𝑴𝑨𝑵𝑨𝑻 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑨𝑹𝑨𝑯 𝑱𝑨𝑩𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑺𝑰𝑨𝑺𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑱𝑬𝑵𝑨𝒀𝑨𝑯 𝑩𝑼𝑲𝑰𝑻 𝑨𝑴𝑨𝑵 Universiti Sains Malaysia – YDH CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Bin Mohd Zain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, dalam memberikan amanat beliau kepada semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah menegaskan beberapa arahan terkini. Untuk info lanjut, sila ikuti video yang dilampirkan. #POLISDIRAJAMALAYSIA #RoyalMalaysiaPolice #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP #AMANATPJSJ

♬ original sound – CID_RMP – CID_RMP



“Pegawai dan anggota di bawah penyeliaan anda (pegawai atasan) buat benda merapu-rapu, sebab apa? Bosnya sendiri tak ambil peduli. Bukan setakat tak ambil tahu malah bosnya pun sama.

“Ada bos dan Sarjan pergi beli kereta mewah, hasil imbuhan wang daripada sindiket. Mereka pula sama-sama memilih nombor pendaftaran kenderaan dan inilah situasi yang berlaku dalam pasukan,”tambahnya.

Sehubungan itu, beliau turut memberi amaran kepada seramai 130 KBSJD yang gagal menjalankan tugas mengikut arahan malah tidak teragak-agak menukar mereka keluar.

“Sesiapa sahaja antara 130 orang ini yang masih gagal mengikut arahan, saya akan tukarkan malah saya akan tulis notis cadangan di situ bahawa pegawai ini tidak layak untuk diberi kenaikan pangkat.



“Mereka yang terlibat tidak layak diberi tanggungjawab menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi sedangkan dengan pangkat sedia ada pun gagal,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap semua pegawai dan anggota mematuhi peraturan serta melakukan kerja dengan penuh tanggungjawab bagi menjamin ketenteraman awam.

“Sesiapa yang bersekongkol dengan sindiket tidak layak untuk bercakap perihal mempertahankan agama, pertahankan negara. Anda tidak layak!,” tegasnya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker