Nadia Annuar bercerai lagi

Nadia Annuar bercerai lagi

Bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar, 39, mengesahkan rumah tangga dibina selama lapan tahun bersama usahawan Hafiz Salleh sudah berakhir.

Pendedahan dibuat Nadia menerusi temubual disiarkan di media sosial sebuah majalah wanita.



Tidak mendedahkan secara terperinci tarikh perpisahan, Nadia yang kelihatan sebak berkata, dia kini ingin memberikan fokus pada diri sendiri.

“Saya kini ‘single’ tapi tak ‘available’. Buat masa ini, saya ingin berehat daripada bercinta atau mempunyai sebarang hubungan.

“Mummy pun suruh saya fokus pada diri sendiri dan buat apa yang saya inginkan termasuk fokus kepada anak-anak.

“Saya memiliki sepasang dua cahaya. Walaupun mereka tidak tinggal bersama atas sebab tertentu, tetapi saya cuba untuk sentiasa ada ketika anak-anak memerlukan,” kata Nadia.



Menurut Nadia lagi, dia cuba untuk menjadi kuat di sebalik apa yang berlaku dengan menjalani kehidupan seperti biasa.

Selain itu, katanya, dia kini ingin memberikan fokus pada bidang pengacaraan dalam pelbagai bahasa.

“Saya ingin teroka kelebihan bercakap dalam pelbagai bahasa. Saya juga banyak buat ‘job’ pengacaraan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Thailand.

“Ia boleh memberikan kelebihan dan kelainan kerana saya tidak memerlukan juru alih bahasa, sekali gus membuatkan saya dekat dengan penonton,” katanya.



Nadia mendirikan rumah tangga bersama Hafiz pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dya Naylaa, 7.

Sebelum itu, Nadia pernah berkahwin bersama Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyasdi dan bercerai pada Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 14. BH

Nadia Annuar bercerai lagi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker