Harta saya bernilai RM2.3 billion tidak diperlukan oleh anak-anak – Mick Jagger

BERITA ini barangkali sesuatu yang enggan dibaca oleh anak-anak penghibur ternama dunia, Mick Jagger.

Masakan tidak, rocker itu menegaskan, anak-anaknya yang seramai lapan orang itu ‘tidak memerlukan’ kekayaannya yang bernilai AS$500 juta (RM2.3 bilion) untuk hidup dengan baik.’

Justeru, Jagger mengesyorkan, satu hari nanti beliau mungkin menyumbang hartanya kepada badan-badan amal.



Dalam satu wawancara dengan Wall Street Journal baru-baru ini, penyanyi itu membincangkan mengenai perniagaan Rolling Stones ketika kumpulan tersebut bersedia untuk mengeluarkan album pertama mereka dalam 18 tahun.

Menurut Jagger, walaupun beliau tidak gemar berurusan dengan aspek perniagaan industri muzik, namun itu merupakan keperluan.

Rolling Stones telah menjana jutaan dolar dengan melakukan konsert jelajah sepanjang tahun.

Apabila ditanya sama ada terdapat rancangan untuk menjual katalog muzik mereka selepas tahun 1971 untuk menjana lebih banyak wang, Jagger menolak berbuat demikian.



Ini kerana, kata Jagger: “anak-anak saya tidak memerlukan AS$500 juta untuk hidup dengan baik.”

Kesemua lapan anak superstar itu ialah Karis, Jade, Elizabeth, James, Georgia May, Lucas, Gabriel dan Deveraux yang berusia antara enam hingga 52 tahun.

Jagger yang berusia 80 tahun juga sedar bahawa wang masih boleh dijana.

“Sekarang anda boleh mempunyai perniagaan anumerta bukan?” katanya.



“Anda juga boleh mempunyai konsert jelajah anumerta.” – CNN / Awani

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker