Azeem Fahmi bakal disahkan sebagai Raja pecut di Sukan Asia

HANGZHOU: Temasya Sukan Asia adalah pentas terbaik buat jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi untuk membuktikan bahawa siapa sebenar jaguh Asia Tenggara.

Azeem yang ditemui ketika sesi latihan di sini berkata, ini adalah saingan yang diidamkannya kerana ia adalah platfrom terbaik untuk dia buktikan kemampuan sebenar selepas penyertaannya ketika temasya Sukan SEA Hanoi 2021 yang lalu dibatalkan berikutan ‘false start’.

Pentas Sukan Asia kali ini menjanjikan pertarungan antara bekas juara remaja dunia dari Indonesia 2018, Lalu Muhammad Zohri dan raja pecut Asia Tenggara di 2021, Puripol Boonson.



Biarpun Jepun tak menghantar barisan terbaiknya iaitu juara Kejohanan Asia di Bangkok yang lalu, Hiroki Yanagita dan Abdul Hakim Sani Brown yang memiliki catatan masa terpantas 9.98s, kehadiran dua pelari senior Yuki Koike, Yoshihide Kiryu sudah cukup menjanjikan cabaran sengit.

“Sukan Asia adalah platfrom terbaik untuk saya buktikan bahawa bukan saja saya layak berlari di pentas Sukan Asia tapi saya terpantas di Asia Tenggara.


Baca Artikel Menarik:

Sukan Asia: Azeem Fahmi ungguli saringan ketiga, berjaya mara ke separuh akhir




“Dengan adanya mereka ia membantu saya lebih bersemangat untuk buktikan apa yang saya boleh,” katanya.

Azeem akan membuka tirai saingan esok apabila turun beraksi dalam acara saringan 100m.

Turut beraksi esok di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou adalah atlet 400m Umar Osman dan Zaidatul Husniah Zulkifli (100m) wanita.

Kali terakhir Azeem menyertai kejohanan kompetitif adalah di Kejohanan Dunia di Budapest yang mana dia merekodkan masa 10.26s jauh daripada catatan terbaik peribadinya tahun ini.



Azeem yang berpangkalan di Amerika Syarikat mencatat masa terbaik musim 10.11s di Kejohanan SEC Outdoors 2023, Mei lalu.


Baca Artikel Menarik:

Kieda Crepe gaduh dengan Abang Kopi pula


Katanya, selepas menyertai ATF dan Kejohanan Dunia, dia bersama jurulatih, Ken Harnden membuat kaji selidik untuk memperbaiki beberapa perkara yang mengganggu lariannya.



“Selepas balik dari Kejohanan Dunia saya dan Ken melakukan kaji selidik mencari kelemahan yang mengganggu larian saya.

“Alhamdulillah saya sudah jumpa benda itu dan dan semuanya sudah diperbaiki sebelum datang ke sini.

“Jadi saya harap ia akan membantu saya memperbaiki catatan masa kali ini,” katanya.

Lima tahun lalu di Palembang-Jakarta acara 100m dikuasai pelari China, Su Bingtian yang merekodkan rekod baru kejohanan 9.92s diikuti pelari Qatar, Tosin Ogunode (10s) dan Ryota Yamagata (10s).



gsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker