Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera

Sekurang-kurangnya 100 orang dilaporkan maut sementara 150 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di daerah Hamdaniya di wilayah Nineveh, Iraq.

Media tempatan yang memetik sumber melaporkan, jumlah korban akibat tragedi yang berlaku pada awal pagi ini juga dijangka meningkat.

Pasukan keselamatan awam tempatan yang dipetik sebagai berkata, kebakaran tersebut berlaku selepas bunga api dinyalakan ketika sambutan majlis berkenaan di sebuah dewan acara besar di wilayah timur laut. Sementara rakaman video oleh wartawan Reuters di lokasi kebakaran itu menunjukkan anggota bomba memanjat bangunan yang hangus untuk mencari mangsa yang terselamat.



Siasatan awal menunjukkan bangunan itu diperbuat daripada bahan binaan yang sangat mudah terbakar,

Ambulans dan anggota pasukan perubatan juga dikejarkan ke lokasi oleh pihak berkuasa persekutuan Iraq dan pihak berkuasa di wilayah Kurdistan separa autonomi Iraq, menurut kenyataan rasmi. – Reuters

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik



Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker