Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengkritik pemilik Selangor FC dan pengurusan kelab itu selepas tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini.

Perjalanan Selangor tersekat di suku akhir selepas tumpas secara agregat 3-1 kepada Terengganu FC, dalam perlawanan timbal balik skuad kendalian Tan Cheng Hoe terikat 1-1 manakala dalam aksi pertama mereka tewas 2-0.



Bukan sahaja tersingkir, perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam turut dicemari insiden tidak sepatutnya apabila pemain import Selangor, Yazan Al Arab menendang pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir.

Susulan kegagalan skuad Gergasi Merah mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia, Tunku Ismail menerusi laman Instagramnya telah mengkritik pemilik Selangor FC dengan berkata, ‘Tak guna jadi Leader kalau lembik ikut cakap orang.’

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu pada masa yang sama turut memuat naik foto pihak pengurusan yang didakwa sebagai punca kegagalan kelab dari Lembah Klang itu.

“Yang membuat semua keputusan dan beli ‘players’ pihak pengurusan, jadi buat apa nak salahkan ‘coach’?. Cuba pakai otak. Lebih teruk lagi apabila ada owner tak tahu apa-apa pasal bola sepak,” kata Tunku Ismail.



Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Dalam pada itu, Tungku dalam satu lagi hantaran turut mendedahkan bahawa kelan berkenaan memperoleh dana berjumlah RM45 juta dari kerajaan setiap tahun, namun masih gagal untuk mendapatkan kejayaan.

“RM45 juta duit kerajaan setiap tahun. lapan tahun tiada apa-apa dan hanya scam penyokong sendiri. Lapan tahun hina pengurusan lama tetapi claim kejayaan mereka.



“Lapan tahun mendabik dada. Lapan tahun cepat berpuas hati. Lapan tahun baling batu sembunyi tangan. Lapan tahun ‘create hype’, dan apabila gagal ‘play victim’/berpura-pura jadi mangsa dibuat orang.

“Lapan tahun diuruskan kaki scam duit kerajaan. Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Tahniah RMS, Izhar, Johan, Farouk, Aladin dan Simon,” kata Tunku Ismail. Utusan

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina



Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker