Radzi Jidin maklumkan isteri keturunan ulama besar, nafi terlibat dengan rasuah

SHAH ALAM – Bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.Menerusi rakaman video berdurasi tiga minit di Facebook, beliau menegaskan tuduhan yang dilemparkan itu sangat besar dan boleh menjejaskan imejnya.“Ini satu fitnah yang besar dan kepada penyebar, ya anda mungkin gembira kerana ia sudah tular tetapi itu gembira di dunia.

“Menjawablah di akhirat kelak. Ini satu perbuatan yang cukup jahat,” katanya pada Ahad.

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan, isterinya, Datin Balkis Zakaria bukan daripada keturunan kerabat diraja ataupun tengku dan tidak pernah terlibat dalam sebarang urusan kementerian.

“Nama isteri saya, Balkis Datuk Syeikh Haji Zakaria bin Ahmad Wan Besar. Kalau sahabat-sahabat di Kedah, pasti mengenali salah seorang ulama besar yang menerbitkan buku dan kerap bersiar di radio ketika itu. Jadi, inilah isteri saya.



“Isteri saya ini kalau nak tahu, dia tidak pernah terlibat dengan urusan kementerian. Sebagai contoh, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila ditanya mengenai tarikh sekolah akan dibuka bila dan saya jawab, tunggu pengumuman di TV.

“Ini adalah contoh bahawa kami tegas dan tidak ada penglibatan isteri saya langsung,” tegasnya.

Justeru, Radzi menasihatkan penuduh dan penyebar untuk bertaubat kerana tuduhan tersebut memberikan kesan yang amat besar.

Menurutnya, fitnah lebih bahaya daripada membunuh dan tindakan tersebut seperti mahu membunuh karakternya.



“Saya doakan yang terbaik untuk sahabat semua dan mohon sahabat semua doa yang terbaik juga untuk saya serta keluarga walau kita dizalimi sedemikian rupa,” ujar Radzi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker