Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]

PETALING JAYA – Ketika harga beras tempatan semakin naik di pasaran pada masa ini sehingga membuatkan rakyat tidak senang duduk akibat masalah bahan makanan itu, timbul pula isu minyak masak yang ‘jatuh’

Namun, ‘jatuh’ yang dimaksudkan itu bukanlah dari segi harganya tetapi jatuh dari sebuah lori pengangkut.

Tular di media sosial Facebook ketika ini, satu klip video yang tidak dipastikan lokasi sebenar berlakunya kejadian itu menyaksikan beberapa botol minyak masak 5 kilogram jatuh dari sebuah lori ke jalan raya.



Menerusi video berdurasi 23 saat itu, kelihatan seorang wanita sedang mengalih botol-botol minyak yang terjatuh itu disamping beberapa pengguna jalan raya lain yang turut memberhentikan kereta.

Menurut perakam video terbabit, beberapa botol minyak masak itu terjaduh dari sebuah lori yang didakwa pintu belakangnya terbuka.

Rata-rata pengguna media sosial turut memuji tindakan wanita tersebut yang mengalihkan botol-botol tersebut ke tepi jalan dan tidak mengambil minyak masak tersebut seperti kebiasaan orang lain.

“Bagus kakak ni, dia ambil dan alih ke tempat selamat sahaja. Kalau oran lain dah licin tu bawa masuk dalam kereta,” kata Azrin Muhamad.



“Itu dia, dalam keadaan harga beras naik mendadak, minyak masak pula ‘jatuh’ dari langit. Ini dikatakan rezeki terpijak,” kata Mohd Zalisham Aziz. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi



Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker