Itu tunang saya – Noh Salleh
Itu tunang saya – Noh Salleh
PENYANYI Noh Salleh membuat pengumuman mengenai perkahwinannya dengan wanita pilihannya iaitu Fatin Athira Mustapa akan berlangsung dalam beberapa hari lagi.
Menerusi video itu, Noh sebelum memulakan persembahan sempat menunjukkan kehadiran tunangnya dan menganggap lagu Biar Seribu sebagai simbolik cinta mereka.
“Oh itu tunang saya… kita akan kahwin next week (dalam minggu ini). Lagu ini sesuai dengan doa kita sebagai pasangan yang hendak mendirikan sebuah masjid.
“Jadi, mengharapkan 500 orang yang ada dekat sini untuk kami kekal seribu tahun macam lagu ini,” kata Noh menerusi video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok bernama Cai.
Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar majlis pernikahan Noh dan pasangannya berjalan dengan lancar.
Difahamkan, Noh bakal bakal mendirikan rumah tangga dengan Fatin yang juga seorang peguam pada 23 September 2023 di Puchong, Selangor.
Khabar angin mengenai tarikh pernikahan pasangan itu mula timbul selepas kad undangan majlis mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.
Malah pernikahan dan resepsi mereka juga bakal berlangsung pada hari sama.
Noh atau Mohammad Noh Salleh, 38, melangsungkan pertunangan dengan Fatin yang juga seorang peguam pada 7 Mei lalu.
Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina berkahwin pada 2 Julai 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat diberi nama Musa.
Mereka mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu.
Mizz Nina pula pada 15 Jun lalu mendedahkan sudah kembali berumah tangga dengan seorang penyanyi rap asal Amerika iaitu Essam Muhammad. Gempak
Itu tunang saya – Noh Salleh
Baca Artikel Menarik:
- Sombong, bincang dulu baru dapat peruntukan – Anwar
- Belanjawan2024: Cuepacs minta kenaikan gaji RM300
- Saya takkan beritahu – Wan Hanafi Su
- Anwar jurujual terbaik Malaysia – Zafrul
- Abang Proton kongsi detik perkenanlan dengan Sherry Alhadad
- Lori rempuh kenderaan diarah berhenti oleh polis, 2 maut
- Kita berahi tengok awak, Kelly Azman terima mesej lucah
- Caprice bidas Ustaz Derry
- Jika peruntukan MP bagi orang kahwin, SPRM ambil tindakan
- Menteri terkejut cadangan MP Langkawi bina MRT dari Alor Setar ke Langkawi
- Pelajar dakwa sekolah larang pakai Sari di sekolah untuk sambutan Hari Kebangsaan
- Peranan Mahathir dalam ‘SG4’ tak bawa kesan pun
- Pelajar Tingkatan 3 dirogol dua lelaki Rohingya di Klebang
- Bella Astillah letak syarat berlakon dengan pelakon muda
- DNAA Zahid: Pembangkang sebenarnya tak mahu dengar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET