Menteri terkejut cadangan MP Langkawi bina MRT dari Alor Setar ke Langkawi

Menteri terkejut cadangan MP Langkawi bina MRT dari Alor Setar ke Langkawi

Memiliki fasiliti pengangkutan yang baik sememangnya didambakan oleh semua orang. Hal ini penting kerana ia boleh memudahkan orang ramai untuk bergerak dari satu lokasi ke suatu lokasi lain.

Menerusi perbahasan di parlimen semalam, ahli parlimen Langkawi, Suhaimi Abdullah mengetengahkan rungutan warga Langkawi berkenaan perkhidmatan feri.



Beliau mempersoalkan mengapa ketika LIMA perkhidmatan feri tersebut boleh digandakan kepada enam kali sehari. Tetapi kenapa perkara tersebut tidak boleh dilakukan pada hari-hari biasa yang mana hanya berbaki tiga kali sahaja.

Namun apa yang mengejutkan adalah apabila Suhaimi mencadangkan kepada kerajaan supaya mengadakan perkhidmatan MRT dari Alor Setar ke Kuah seperti yang tersedia di Kuala Lumpur.

Secara logiknya, mana mungkin perkara ini boleh terjadi memandangkan daripada Alor Setar ke Langkawi perlu merentasi laut untuk pergi ke lokasi berkenaan.

Cadangan yang dilontarkan itu telah membuatkan Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan turut terkejut. Sementara berkaitan isu feri pula, beliau bakal memastikan pihak pengendali feri untuk beroperasi secara berkala agar boleh memenuhi keperluan rakyat di Langkawi. Vc



Menteri terkejut cadangan MP Langkawi bina MRT dari Alor Setar ke Langkawi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla



Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)



Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker