Ucap selamat datang bulan Maulidur Rasul, Mondy dikecam netizen

Mondy ucap selamat datang bulan kelahiran Nabi tetapi menerima kata-kata sinis orang ramai.

Ucapan selamat datang bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW oleh ibu tunggal yang pernah dibantu penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew, Mondy Tatto, dihujani kata-kata sinis orang ramai.

Perkongsian Mondy yang tidak mendapat respons yang sepatutnya di TikTok itu dipercayai ekoran pendedahannya menerusi podcast kendalian penyanyi rap, Caprice mengenai pendakwah bebas, Ebit Lew.

Ebit kemudiannya dilaporkan tampil membuat laporan polis berhubung pendedahan terbabit yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor, pagi tadi.

“Selamat datang bulan kelahiran manusia termulia sang pemberi syafaat untuk umatnya,” tulis Mondy pada hantaran tersebut.



Rata-rata orang ramai mengingatkan Mondy mengenai laporan polis yang dibuat Ebit dan berkata bahawa kebenaran akan terbukti nanti.

“Laporan polis sudah dibuat, tunggu masa saja. Semoga dipermudahkan urusan,” ujar SweetCoffee.

“Kita tunggu Mondy Ustaz Ebit dah sampai Malaysia, kebenaran akan terbukti,” tegas seorang pengguna.

“Selamat kembali Mondy ke Malaysia. Kita tengok siapa menang kes,” komen Wanie.



“Yang berkopiah pun aku was-was ni kan pula bertato,” kata Raff90.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi



Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker