Mahathir PM11?

Mahathir PM11?

Oleh Mohsin Abdullah

Beberapa minggu lalu seorang pemerhati politik semasa berkongsi pandangan dengan saya berkata Dr Mahathir Mohamad sedang “mengorek kerak” atau dalam bahasa yang beliau gunakan “scrapping the barrel” dalam usaha mahu kekal relevan. Demi kelangsungan karier dan matlamat politik beliau.

Pemerhati politik itu merujuk proklamasi Melayu dan laungan Mahathir bahawa Malaysia ini milik Melayu dan bukan negara berbilang kaum dan agama. Bagi beliau ini langkah terdesak. “Mahathir tergamak sampai ke tahap mempertikaikan multiracialism Malaysia yang beliau sendiri kata dulu ini negara pelbagai kaum hanya untuk menarik sokongan termasuk daripada PAS.” PAS kita maklum menerima proklamasi Melayu anjuran Mahathir.

Tetapi tanya si pemerhati politik itu “siapa yang guna siapa? Mahathir guna PAS atau PAS guna Mahathir?” Pada pendapatnya PAS yang akan memanfaatkan hubungan baik dengan Mahathir. Kami biarkan persoalan itu tergantung dan tidak lagi bercakap mengenainya.

Namun pada 14 Sept lalu diberitakan Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis yang diperintah Perikatan Nasional (sebenarnya PAS) bersetuju mewujudkan kerjasama dikenali “State Government 4″ atau SG4 dengan Mahathir.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar (yang juga naib presiden PAS) dipetik FMT berkata Mahathir akan memainkan peranan secara tidak rasmi “terutama dalam menghubungkan SG4 dengan pelabur luar seperti Jepun dan Korea”. Ertinya Mahathir jadi penasihat tidak rasmi yang antara lain membantu tarik pelaburan luar ke empat negeri yang ditadbir PAS.

Reaksi penganalisis politik dan ahli akademik berbelah bahagi. Ada yang kata Mahathir mampu melakukannya dan ada pula yang kata Mahathir has passed his prime dan hilang daya tarikan dalam kalangan pelabur luar.

Bekas pemimpin kanan PAS Nakhaie Ahmad melihat PAS melantik Mahathir sebenarnya sebagai penasihat ekonomi bagi empat negeri yang dikuasai parti itu. Lalu kata beliau menerusi Facebook: “Bukan TM (Tun Mahathir) yang wajar dipilih sebagai penasihat ekonomi negeri negeri yang diperintah oleh PAS. Ini kerana PAS sepatutnya membangun ekonomi Islam.

“TM bukan ahlinya, Haji Hadi (presiden PAS) lebih layak kerana kepakarannya dalam pengetahuan mengenai ekonomi Nabi Yusof yang boleh diubahsuai dengan kondisi ekonomi Malaysia.”

Kata Nakhaie lagi, “jika benar PAS melantik TM saya kira sesuatu yang ganjil kerana model ekonomi TM sebenarnya tidak islamik. Meminjam kata-kata PAS sendiri model ekonomi beliau adalah firaunik.”

Jika apa yang bekas naib presiden PAS itu kata menarik, lebih menarik apa yang dikata bekas ketua menteri Sabah, Salleh Said Keruak juga menerusi Facebook yang saya sebut sedikit dalam artikel semalam.

Salleh mendakwa PAS melantik Mahathir sebagai penasihat tidak rasmi SG4 bertujuan menonjolkan bekas perdana menteri itu sebagai ketua de facto PN. Selama ini umum tahu Muhyiddin Yassin adalah pengerusi PN.

Salleh mendakwa mahu jadikan Mahathir ketua de facto PN adalah sebab Muhyiddin tidak diundang ke pertemuan antara pemimpin PAS dengan Mahathir awal bulan ini. Pada 2 Sept lalu, Mahathir bertemu delegasi pemimpin tertinggi PAS termasuk empat menteri besar negeri yang diperintah parti itu, serta Hadi juga Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan. Jika ketidakhadirannya dijadikan kayu pengukur dan apa yang dakwa Salleh benar, bolehkah dianggap Muhyiddin diketepikan?

Menurut Salleh, pilihan yang Muhyiddin ada ialah terhad dan beliau harus mengikut sebarang keputusan yang dibuat PAS berhubung peranan Mahathir dalam PN pada masa akan datang.

“Ini adalah langkah bijak untuk meletakkan semula Mahathir di barisan depan politik,” kata Salleh.

Mahathir kalah teruk di Langkawi pada PRU15. Namun dengan “langkah bijak” yang Salleh kata tadi bolehkah ini bermakna Mahathir berminat atau akan diminta bertanding pada pilihan raya mendatang? Ketepikan faktor usia. Atau adakah Mahathir sendiri berpendapat kekalahannya tahun lalu kerana menentang calon PN-PAS waktu berdepan Gelombang Hijau? Yakin peluangnya kali ini lebih baik kerana sudah bersama PAS?

Kalau ditakdir PN memerintah negara adakah Mahathir akan jadi perdana menteri buat kali ketiga? Di mana pula mahu ditempatkan Muhyiddin, walaupun menurut Salleh pilihan yang presiden Bersatu itu ada agak terhad? Apa pula reaksi partinya? Apa kata Bersatu ia tidak terlibat dalam perbincangan dengan Mahathir tempoh hari?

Saya tutup penulisan kali ini dengan pantun yang dicipta Azlan Zainal, pengarah operasi Ilham Centre. Pantun dicoret dalam loghat Negeri Sembilan.

Balik Palong lalu Tikir
Lopeh Tikir jumpo Sorting
Usung Mahadey jadi pemikir
Politik kita makin poning.
FMT

Mahathir PM11?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker