Fasha tak hairan, ramai ‘follow’ dari ‘unfollow’
Fasha tak hairan, ramai follow dari unfollow
Pelakon Fasha Sandha mengaut lebih 25,000 pengikut di Instagram meskipun ada yang mengugut ingin ‘unfollow’ akaunnya gara-gara video tularnya baru-baru ini.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata dia sebenarnya terkejut dengan hal itu apabila video terbabit mencetuskan pelbagai reaksi termasuk kecaman hebat.
“Selepas tular itu, semalam saya periksa pengikut saya naik lebih 25,000. Bukan menurun. Saya macam (terkejut) kenapa makin naik, bukan menurun? Yang ‘follow’ lebih banyak daripada yang ‘unfollow’,” katanya pada pelancaran produk Beaunita oleh Inayah Beauty di sini, hari ini.
Pelakon drama Rampas Cintaku itu menjelaskan dia menyahut cabaran melunaskan video terbabit berdasarkan konsep idea produk berkenaan.
Menurutnya dia yakin ramai faham dengan apa mesej ingin ditonjolkan.
“Mungkin mereka suka dengan konsep pemasaran ini. Pada saya lebih realistik, pasal gaya hidup. Kami nak memberi contoh kepada mereka yang sudah berkahwin, beri inspirasi untuk berkasih sayang.
“Pejam celik saya dan Aidil sudah enam tahun bersama. Saya akan pastikan dia dijaga sebaiknya. Ya saya tak sempurna, saya akan terus lakukan yang terbaik untuk jadi isteri terbaik,” katanya.
Fasha menjelaskan video itu sebenarnya berdurasi seminit dan babak intim itu cuma sedutan pendek pada bahagian hujung. Keputusan arkibkan video itu juga bukan disebabkan menyesal selepas dikecam.
“Bukan sebab menyesal. Saya nak arkibkan dulu sebab nak tunggu video penuhnya dilancarkan hari ini,” katanya.
Berhubung kecaman yang diterimanya, Fasha berkata dia tak salahkan pun warga maya sekiranya melihat video itu dari sudut lain.
Katanya semua berhak lontar pandangan masing-masing.
“Kita tak boleh kawal apa yang orang rasa. Saya buat apa yang saya rasa nak buat. Tak salah kalau mereka nak suka atau tak suka. Masing-masing berhak beri pandangan sebab ia bergantung kepada penilaian seseorang,” katanya.
Terdahulu, aksi keterlaluan Fasha dan suaminya juga pelakon Aidil Aziz di media sosial mengundang kecaman sekali gus didakwa memberi pengaruh negatif kepada orang ramai terutama generasi muda.
Rata-rata pengikut di Instagram milik Fasha meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelakon itu yang memuat naik video kemesraan mereka ketika sedang berendam di dalam jakuzi. HM
Fasha tak hairan, ramai follow dari unfollow
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin diketepikan, Mahathir dilantik penasihat negeri diperintah PN
- Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen
- Syed Saddiq ayam jaguh tapi ekor bergelumang tahi
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
- Fasha Sandha mandi dengan suami buat netizen jadi panas (Video)
- Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik
- Saya bersedia untuk poligami tapi dia tinggalkan saya – Fauziah
- ‘Mengapa kahwin dengan saya kalau nak jadi curang’!
- Ahli Parlimen Melayu DAP sokong perhimpunan “Selamatkan Malaysia”
- Anak Que Haidar macam Barbie (Video)
- Demo anti-Zahid pindah tempat, Kampung Bharu jadi ‘kambing hitam’
- Fasha kehilangan ramai ‘followers’ kerana ‘upload’ aksi ghairah
- Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi
- Farid, Diana mahu rujuk semula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA