Demo ‘talian hayat’ PN untuk tarik simpati rakyat

Seorang pemimpin Pakatan Harapan percaya Perikatan Nasional menganjurkan tunjuk perasaan untuk menarik simpati rakyat bagi memastikan kesinambungan hayat politik gabungan itu.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berpandangan PN terdorong untuk melakukan sesuatu kerana peluangnya pada PRU16 bertambah sukar semakin lama kerajaan perpaduan memerintah.

“PN kena terus bergerak untuk menggugat kerajaan perpaduan kerana lagi lama ia berkuasa maka lagi mantap kerjasama,” katanya kepada FMT.

Khalid berkata PN perlu sentiasa beretorik dengan harapan kerjasama parti-parti dari Malaysia Timur dan Barat yang membentuk kerajaan perpaduan akan tamat.

Terdahulu, seorang ahli jawatankuasa sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia berkata ia bercadang mengadakan himpunan susulan di Permatang Pauh, Pulau Pinang dan Bagan Datuk, Perak jika kerajaan gagal bertindak terhadap tuntutan mereka berkait isu lepas tanpa bebas (DNAA) Zahid Hamidi, antaranya mendakwa presiden Umno itu.

Khalid bagaimanapun hairan dengan sikap pembangkang, yang menurutnya mendesak pemerintah tidak mencampuri urusan peguam negara tapi pada masa sama menggesa ia arah Zahid didakwa semula.

“Mereka tidak mahu campur tangan pemerintah dalam urusan peguam negara tapi tiba-tiba tuntut pemerintah campur tangan arah peguam negara dakwa semula Zahid yang DNAA. Jadi apa sebenarnya mereka mahu?” soalnya.

Khalid berkata langkah paling baik ketika ini peguam negara menjelaskan perkara berbangkit kepada jawatankuasa Parlimen ataupun di forum.

“Tuntutan (pembangkang) ini berdasarkan andaian bahawa keputusan tarik balik dan DNAA adalah hasil campur tangan eksekutif. Namun setakat ini ianya tetap hanya andaian, selagi mana peguam negara tidak membuat penjelasan,” katanya.

Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen (JKPK) dijangka akan mengundang bekas peguam negara Idrus Harun dan penggantinya, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bulan depan, untuk mendengar penjelasan berhubung isu DNAA Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan kes Yayasan Akalbudi.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan dan peguam negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengendalikan kes berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker