Fitnah jahat, Ebit Lew lapor polis

Fitnah jahat, Ebit Lew lapor polis

Pendakwah bebas, Ebit Lew, membuat laporan polis mendakwa berlaku fitnah melampau yang dilemparkan terhadap diri.

Menerusi hantaran di Instagram, dia berkata, laporan polis itu dibuat sebaik dia tiba dari Jeddah, Arab Saudi pada jam 12 tengah malam tadi.



“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (jam) 12 malam tadi terus ke balai polis buat report mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Hantaran itu dimuat naik bersama sekeping gambar dirinya memegang salinan laporan polis di hadapan pintu Balai Polis USJ 8, di Subang Jaya.

Hantaran itu bagaimanapun tidak menyebut tentang fitnah melampau yang didakwa dilemparkan itu.



Namun, laporan polis itu dipercayai berkaitan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia ketika kali pertama tiba di Malaysia tahun ini. Mk

Fitnah jahat, Ebit Lew lapor polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker