Saifuddin jawab saman Sanusi

Saifuddin jawab saman Sanusi

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan kenyataannya terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkait kecurian unsur nadir bumi (REE) dan salah guna peruntukan projek penyelenggaraan jalan.

Saifuddin dalam kenyataan pembelaan yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada minggu lalu, berkata kenyataannya pada 14 dan 15 Julai lalu itu adalah wajar dan dibuat atas kepentingan awam.



Pada bulan lalu, Sanusi memfailkan satu saman mendakwa kenyataan tersebut memfitnah beliau. Katanya, kenyataan itu mencemar reputasinya sebagai pemimpin politik.

Sanusi juga mendakwa beliau turut mengalami tekanan emosi kerana tuduhan tersebut adalah “tidak berasas”.

Berkenaan kenyataan salah guna dana persekutuan, Saifuddin berkata pemindahan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) kepada dana pembangunan Kedah adalah “tidak teratur mengikut perspektif tadbir urus undang-undang dan kewangan”.

Katanya, peruntukan Marris adalah untuk menyelenggara jalan-jalan negeri.



“Kerajaan negeri perlu mengutamakan tadbir urus kewangan yang teratur untuk meningkatkan ekonomi dan kebaikan kepentingan awam.

“Ini termasuk tanggungjawab fiskal yang lebih berhati-hati untuk memastikan dana awam seperti peruntukan Marris, digunakan mengikut peraturan kewangan dan tujuan asalnya,” katanya.

Mengenai kenyataan dakwaan kecurian REE, Saifuddin berkata MBI Kedah dikenakan notis kompaun RM500,000 mengikut Kanun Tanah Negara pada Oktober tahun lalu.

“Defendan (Saifuddin) mahu plaintif menjelaskan adakah beliau (Sanusi) menerima surat surat daripada pengarah pejabat tanah dan galian negeri berkait kejadian kecurian REE di Kampung Chong di Sik,” katanya.



Saifuddin mendakwa terdapat isu berkait tadbir urus dan kebimbangan mengenai amalan salah tadbir dalam pengurusan sumber asli Kedah, terutamanya REE.

Katanya, Sanusi juga tidak mengalami sebarang kesan atas kenyataan itu, dan atas faktor itu tidak layak mendapat ganti rugi.

“Ini terbukti apabila Sanusi berjaya mengekalkan kerusi DUN Jeneri pada PRN Kedah dengan majoriti lebih 16,000 undi, dan juga mengangkat sumpah sekali lagi sebagai menteri besar serta kekal sebagai pengerusi di MBI Kedah,” katanya. FMT

Saifuddin jawab saman Sanusi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin



Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]



5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker