Triti Laut Sulawesi tidak babitkan Ambalat

Triti Laut Sulawesi tidak babitkan Ambalat

Kerajaan tidak akan mengambil ringan dan membuat keputusan sewenang-wenangnya berhubung isu berkaitan sempadan maritim kerana membabitkan kedaulatan negara.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin, menegaskan bahawa persempadanan maritim yang dipersetujui dalam Triti Laut Sulawesi di antara Malaysia dan Indonesia, tidak membabitkan kawasan yang disebut sebagai Ambalat.



Bagaimanapun, katanya, pada masa sama negara juga perlu menghormati hubungan diplomatik yang baik bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kemakmuran dengan mana-mana negara jiran.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi, bahawa kawasan atau persempadanan maritim yang dipersetujui Triti Laut Sulawesi tidak langsung membabitkan kawasan yang disebutkan sebagai Ambalat,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad Alamin berkata, Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun 2023, tidak membabitkan persempadanan maritim di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) atau pelantar benua di antara Malaysia dan Indonesia, di mana terletaknya kawasan yang dirujuk Indonesia sebagai Ambalat.

“Triti itu hanya meliputi kawasan di separa perairan laut wilayah dan langsung tidak membabitkan kawasan yang disebut Ambalat.



“Bagaimanapun masih terdapat baki sempadan yang perlu dirundingkan iaitu membabitkan wilayah perairan laut,” katanya.

Tambahnya, disebabkan proses ratifikasi yang berbeza oleh kedua-dua negara, dokumen itu masih belum boleh dikongsi kepada umum. BH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi



Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker