Gali semula kubur bayi selepas dengar tangisan

Gali semula kubur bayi selepas dengar tangisan

Honduras: Kubur bayi lelaki yang sudah dikebumikan selama empat hari digali semula, apabila seorang seorang pejalan kaki mendakwa mendengar bunyi ‘tangisan’.

Mirror UK melaporkan, bayi berusia tiga bulan itu disahkan meninggal dunia akibat demam teruk pada 10 September dan dikebumikan pada hari sama.



Mayat dikebumikan di tanah perkuburan di Protección, Honduras, tetapi dikeluarkan semula empat hari kemudian.

Individu yang rapat dengan keluarga itu berkata, mereka mendakwa mendengar tangisan bayi berkenaan ketika melalui kawasan perkuburan itu pada 14 September.

Percaya bayi itu mungkin tersilap ditanam hidup-hidup, mereka bergegas memberitahu keluarga mengenai apa yang didengari.

Pihak keluarga yang berharap terdapat sedikit keajaiban, memutuskan untuk menggali semula kubur bayi itu untuk memeriksa keadaannya.



Rakaman menyayat hati menunjukkan dua ahli keluarga berdoa supaya terdapat tanda bayi itu masih hidup selepas dikeluarkan dari kuburnya.

Seorang lagi ahli keluarga dilihat menggerakkan badan bayi berkenaan, malangnya tiada sebarang tindak balas.

Menurut individu yang rapat dengan keluarga itu, bayi berkenaan kemudian dibawa ke hospital tetapi doktor mengesahkan tiada tanda bayi itu masih hidup.

Selepas melakukan pengesahan, pihak hospital menyerahkan kembali mayat bayi itu dan dikebumikan semula.



Dipercayai bayi yang baru lahir itu mungkin mengalami katalepsi, gangguan saraf yang menyebabkan kekejangan otot dan kehilangan keupayaan sementara untuk bertindak balas terhadap rangsangan luar atau bergerak.

Katalepsi jarang berlaku, dan boleh menjadi gejala penyakit seperti penyakit Parkinson atau epilepsi.

Ia juga boleh disebabkan oleh ubat antipsikotik, seperti haloperidol untuk skizofrenia, atau ia boleh berlaku akibat ketamin anestetik.

Apabila mengalami episod katalepsi, bayi mungkin tidak bergerak selama beberapa minit atau jam. HM



Gali semula kubur bayi selepas dengar tangisan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin



Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]



5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker