Piala Thomas: Malaysia bakal robohkan ‘Tembok Besar China’

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan ujian getir dalam misi menamatkan kemarau kejuaraan Piala Thomas apabila bakal membuat perhitungan dengan juara 10 kali, China di separuh akhir, Sabtu ini.

Terdahulu, skuad negara melangkah ke kelompok empat terbaik buat kali pertama sejak edisi 2016 di Kunshan selepas menyingkirkan Jepun 3-1 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China.

China pula mara menerusi kemenangan ke atas juara bertahan, India 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.



Sebagai rekod, ia akan menjadi pertemuan pertama antara Malaysia dengan China pada pusingan kalah mati sejak kali terakhir di suku akhir edisi 2012 di Wuhan yang menyaksikan skuad negara tewas 3-0.

Pertembungan Malaysia dengan China di separuh akhir itu turut mengulangi skrip edisi 1992 dengan skuad negara ketika itu berjaya mencatat kemenangan 3-2 sebelum menumbangkan Indonesia di final dengan keputusan sama.

Ia juga adalah kali terakhir Malaysia menikmati kejayaan menjulang trofi berprestij itu sebelum hampir melakukan perkara sama pada tahun 2014 di New Delhi sebelum terpaksa akur tewas 3-2 di tangan Jepun.

Pada aksi menentang Jepun, hari ini, mata pertama skuad negara disumbangkan perseorangan lelaki pertama, Lee Zii Jia yang membenam cabaran Kenta Nishimoto 21-13, 21-3.



Jepun bagaimanapun kembali menyamakan kedudukan apabila beregu pertama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumpas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18, 14-21, 19-21.

Perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao kembali meletakkan Malaysia di depan selepas mengatasi Koki Watanabe 21-13, 21-10.

Beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani muncul wira selepas menghadiahkan mata kemenangan apabila menumbangkan Akira Koga-Taichi Saito 18-21, 21-15, 21-12.

“Tekanan itu akan menjadi berbeza sekiranya Jun Hao tewas tetapi kemenangannya memberikan sedikit kelebihan kepada kami sebab mendahului lawan 2-1.



“Tekanan tetap ada tetapi kemenangan itu boleh kurangkan (tekanan).

“Tekanan tetap ada tetapi kemenangan itu boleh kurangkan (tekanan),” kata Sze Fei selepas perlawanan sebentar tadi.

Sementara itu, Izzuddin berkata, mereka kekal tenang bagi menghadapi ‘perang psikologi’ yang cuba digunakan lawan ketika dalam gelanggang dan menyerap tekanan dengan baik.

“Mungkin kita juga lebih santai dan tenang, kalau mereka juga ‘happy go lucky’, kita pun sama,” kata Izzuddin.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker