PM: Jika peruntukan MP bagi orang kahwin, SPRM ambil tindakan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran SPRM akan mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan peruntukan ahli parlimen.

Dia berkata demikian sebagai maklum balas kepada ahli parlimen pembangkang yang meminta peruntukan ahli parlimen untuk menyalurkan sumbangan di kenduri perkahwinan dan pengebumian.

“Kalau kata tidak ada peruntukan kepada wakil rakyat, ‘saya tidak boleh tolong orang kematian tidak ada duit’.



“Saya nak bagi ingatan wang ini kalau digunakan untuk bagi orang kahwin akan diambil tindakan oleh SPRM. Tidak boleh guna wang itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar juga menjelaskan kepada pembangkang supaya tidak mendakwa tiada peruntukan diberikan ke kawasan mereka.

“Peruntukan kepada rakyat dan ahli parlimen berbeza. Jangan kata tidak ada peruntukan untuk rakyat,” jelasnya.

Ketika ini, Putrajaya tidak memberikan sebarang peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.



Namun, perdana menteri memberi contoh kawasan yang dikuasai pembangkang seperti Sik dan Ketereh menerima peruntukan jutaan ringgit untuk projek awam.

Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor (gambar, atas) kemudian bangkit mencelah dan menjelaskan peruntukan ahli parlimen diperlukan untuk menyelenggara pusat perkhidmatan mereka dan melawat mangsa ribut.

“Jadi bila saya pergi, kalau 50 buah (rumah mangsa ribut), macam mana saya nak tolong dia?

“Maksud saya (dalam keadaan itu) bukan saya nak guna duit tu untuk diri saya,” katanya.



Dalam jawapan balas, Anwar mengulangi bahawa kerajaan bersedia untuk berunding dengan ahli parlimen pembangkang mengenai jumlah peruntukan sebelum meluluskan perkara itu.

“Dia ada wakil daripada pembangkang bincang dengan Timbalan Perdana Menteri (Fadillah Yusof), kita bincang kaedahnya dan kita luluskan.

“Saya dah bagi jaminan, ini ada rekod. Kalau dipersetujui perbincangan, kita luluskan.

“Tapi kalau ada banjir, YB boleh tulis kepada saya, itu tak termasuk dalam peruntukan ini,” katanya.



Pada April lalu, PN menamakan Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Putrajaya Mohd Radzi Jidin untuk mengadakan rundingan dengan Fadillah berhubung isu peruntukan untuk wakil pembangkang

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?



Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker