Sombong, bincang dulu baru dapat peruntukan – Anwar

Sombong, bincang dulu baru dapat peruntukan – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas Ahli Parlimen pembangkang yang disifatkannya sombong kerana menuntut peruntukan wakil rakyat tetapi enggan berbincang dengan wakil kerajaan bagi merealisasikan perkara itu.

Anwar berkata kerajaan telah melantik Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof bagi membincangkan agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.



Katanya, kaedah itu sama ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob yang memberikan peruntukan kepada pembangkang selepas kedua-dua pihak berbincang.

“Runding dan setuju dahulu baru kita bagi…kalau tak sampai bila-bila pun tak bagi, bincang dan kita dah lantik Fadilah sebagai wakil.

“Jangan sombong dan angkuh kata ini peruntukan kami,” kata Anwar yang juga menteri kewangan dalam penggulungan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata kerajaan perpaduan secara dasar bersedia memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, namun ia hanya membabitkan perbelanjaan berkaitan hal pentadbiran.



Rundingan berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang berkenaan sedang dilakukan Fadillah.

Fadillah pula dilaporkan berkata, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Anwar, tidak menetapkan sebarang syarat kepada Perikatan Nasional (PN) bagi membolehkan agihan peruntukan disalurkan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau yang ditugaskan berunding bersama wakil pembangkang berhubung isu itu, dilaporkan berkata, kerajaan hanya mahu pembangkang mengemukakan tawaran rasmi dalam urusan itu seperti yang dilakukan ketika pentadbiran kerajaan diketuai Ismail sebelum ini. FMT

Sombong, bincang dulu baru dapat peruntukan – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla



Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)



Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker