Siapa peluk Sophia di dalam pawagam?

Siapa peluk Sophia di dalam pawagam?

Seperti diketahui ramai, kecoh isu tentang pelakon jelita, Sophia AlBarakbah mengakui kepada isteri pelakon, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah bahawa dirinya mengakui suka kepada suami wanita tersebut.

Perkara tersebut didedahkan oleh Bella sendiri di platform media sosial kerana ‘penat’ dikecam netizen yang menganggap dirinya saja mahu jatuhkan karier lakonan Sophia.



Setelah reda dengan isu terbabit, muncul satu lagi gosip berkaitan dengan Sophia apabila dia memuat naik di Instagram Story sedang berpelukan dengan seorang lelaki di pagung wayang.

Biarpun tidak mendedahkan identiti ataupun bercerita tentang hubungan mereka, ramai netizen tertanya siapakah lelaki tersebut dan turut dipersoal cepat ‘berpindah’ ke lelaki setelah mengakui suka kepada Aliff Aziz.

Dalam pada itu, netizen turut mengecam tindakan pelakon wanita tersebut tanpa segan silu memeluk lelaki yang bukan mahram di dalam pagung wayang sambil berselimut.

Sekadar info, Sophia AlBarakbah ketika ini sedang menjalani satu penggambaran drama bertajuk Ku Akad Kau Dengan Bismillah arahan Osman Ali yang turut dibintangi oleh Aliff Aziz serta barisan pelakon hebat lain. Bn



Siapa peluk Sophia di dalam pawagam?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker