Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’

 

TANGKAP layar memaparkan senario seorang pelanggan menemui ‘Ubat Stepler’ @ dawai kokot di dalam makanan yang dibelinya. – Instagram

Sebuah klip video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kejadian seorang pelanggan yang menemui ‘Ubat Stepler’ @  dawai kokot dalam makanan yang dibelinya dari sebuah kedai, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @hariankopas.

Menerusi rakaman berkenaan, pelanggan berkenaan dikatakan pulang ke rumah setelah membeli sejenis makanan tradisional Indonesia, lemper di sebuah kedai.



Setelah menggigit makanan itu, dia menemui sesuatu yang pelik pada isi lemper tersebut yang kebiasaannya adalah ayam atau daging lembu.

Pelanggan tersebut menemui dawai kokot berbentuk segi empat tepat yang diperbuat daripada logam.

Dia bagaimanapun berusaha untuk bersangka baik selepas menemui dawai kokot itu.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.



“Kalau terjadi kepada saya, saya akan beritahu kepada penjualnya. Boleh meninggal kalau orang makan lemper ini,” kata seorang netizen.

“Menakutkan kalau tertelannya,” komen netizen lain. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker