Ibu maut dikelar anak

Ibu maut dikelar anak

Seorang wanita warga emas dipercayai maut selepas dikelar anaknya menggunakan pisau dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Melaka.

Dalam kejadian kira-kira 2.50 petang tadi, mangsa berusia 60-an dipercayai dibunuh oleh anak sulungnya berusia 40-an.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap penduduk kampung dan diserahkan kepada polis, lapor Utusan Malaysia.

Ketua Polis Melaka Zainol Samah, berkata ketika ditahan suspek berusia 38 tahun itu mengaku menikam leher kiri dan kanan ibunya menggunakan pisau berukuran 26sm.

Katanya, suspek juga disahkan pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka.

“Atas sebab itu, suspek dikatakan masuk ke bilik ibunya yang baharu sahaja selesai mandi sebelum menikam leher kiri dan kanan mangsa menggunakan pisau memotong sayur.

“Suspek kemudiannya menyerahkan pisau itu kepada ibunya, sebelum mangsa bertindak membuangnya melalui tingkap di biliknya,” katanya.

Katanya, suspek mendakwa dia berbuat demikian setelah mendengar bisikan ibunya menyembah berhala. FMT

Ibu maut dikelar anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker