Ketua wanita pusat PKR: Rodziah kini tewas kepada anak sahabat Anwar Ibrahim selepas audit dibuat



Senator Fadhlina Sidek menang bagi jawatan ketua wanita pusat dalam Ppmilihan PKR kali ini, melawan Rodziah Ismail, yang juga Adun Batu Tiga.

Keputusan rasmi yang dipaparkan dalam laman web PKR itu menunjukkan pengamal undang-undang itu mengalahkan Rodziah dengan 18,923 berbanding 18,891 undi yang diperoleh lawannya.

Keputusan terbaru itu diperoleh selepas PKR menjalankan audit terhadap pemilihan lalu, yang menyaksikan keputusan beralih arah menyebelahi Fadhlina yang juga anak sarjana terkenal Islam allahyarham Siddiq Fadzil.

Rodziah bagaimanapun hanya tewas tipis dengan perbezaan 32 undi sahaja.

Jumlah undi diperoleh bagi kedua-dua calon calon juga menurun dari hampir 22,000 kepada hampir 19,000 sahaja.




Sebelum ini, dalam pertandingan dua penjuru itu, Rodziah menang 21,962 undi berbanding Fadhlina 21,502 undi.

Sementara itu, jawatan timbalan ketua wanita pula dimenangi oleh Adun Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli dengan 15,693 undi berbanding dua lawannya Napsiah Khamis Maharan (12,043) dan Faizah Ariffin (9,763).

Dalam keputusan tidak rasmi sebelum ini, Juwairiya berjaya meraih 17,743 undi manakala Napsiah dan Faizah masing-masing memperoleh 14,282 dan 11,071 undi.

Tiga jawatan naib ketua wanita pula disandang oleh Wasanthee Sinnasamy (14,947), ahli parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui (13,358) dan Sangetha Jayakumar (13,350).

Pertandingan 10 penjuru itu menyaksikan sokongan yang di luar jangkaan terhadap Sangetha walaupun bapanya Dr Xavier Jayakumar antara pemimpin PKR yang berpaling tadah daripada parti itu, yang mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.




Keputusan bagi tiga naib ketua wanita itu tidak berubah, dengan Sangetha mengekalkan jumlah undi selamat untuk memperoleh jawatan tersebut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari



Leave a Reply

Your email address will not be published.