Tuan Ibrahim nafi PAS mahu guna logo PN

Pas masih belum membuat sebarang keputusan serta memuktamadkan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bagaimanapun parti itu pernah menggunakan logo berkenaan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Melaka walaupun calon berkenaan daripada parti Pas.
Jelas Tuan Ibrahim bagi menghadapi PRU15 nanti, rundingan penggunaan logo akan terus dilakukan sehingga mencapai satu kata putus.
“Belum muktamad (penggunaan logo PN), itu pandangan, itu cadangan daripada beberapa pihak tetapi parti belum membuat keputusan. Maka parti akan bincang perkara tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Pantai Marang, di sini pada Ahad.
Sementara itu ketika ditanya berhubung kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin berhubung penggunaan logo berkenaan pada pilihan raya akan datang, Tuan Ibrahim berpandangan itu adalah menerusi persetujuan sebelum ini.
“Saya fikir apa yang disebutkan itu ialah apa yang telah kita persetujui sebelum ini iaitu pilihan raya Melaka dan Johor yang kita gunakan satu logo,” katanya.
Terdahulu Muhyiddin berkata Bersatu dan Pas sudah membuat keputusan sebelum ini untuk menggunakan logo PN pada PRU15.
Muhyiddin berkata, perkara itu turut dipersetujui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker