Isteri hilang selepas keluar bekerja

Isteri hilang selepas keluar bekerja

MERSING: Seorang lelaki buntu memikirkan keselamatan isterinya yang hilang selepas keluar bekerja di sebuah pasar raya di bandar ini, semalam.

Mohd Saiful Nizam Hasan, 38, berkata dia menghantar isterinya, Suhaily Mohd Isa, 34, ke pasar raya terbabit pada jam 11 pagi.

Katanya, semalam adalah hari pertama isterinya bekerja di pasar raya terbabit dan pada jam 6 petang, dia ke lokasi berkenaan untuk membawa pulang isterinya.

Bagaimanapun, katanya, dia terkilan apabila mendapati isterinya tidak muncul sehingga jam 8 malam.

“Saya bertanya kepada pihak pengurusan pasar raya itu tetapi mereka memaklumkan isteri saya tidak bekerja di situ.

“Malah, semakan mendapati nama isteri saya tidak didaftarkan bekerja di situ,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Saiful Nizam berkata, dia kemudian mencari isterinya di kawasan sekitar pasar raya itu sebelum menghubungi saudara, rakan, keluarga dan ibu bapa mentuanya bertanyakan berkaitan Suhaily.

Beliau berkata, malangnya mereka tidak ada sebarang maklumat hingga mengakibatkannya terpaksa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing pada jam 9 malam.

“Saya risau dengan keselamatan isteri saya, bimbang berlaku perkara tidak diingini, segala usaha mencarinya buntu sehingga kini.

“Telefon bimbitnya ditutup sehingga kini,” katanya.

Katanya, dia juga perlu menjaga serta menguruskan tiga anaknya yang berusia 11, lapan dan lima tahun.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu memujuk anak bongsu mereka yang kerap bertanya bila Suhaily akan pulang ke rumah.

“Sebelum ini kami tidak mengalami sebarang masalah rumah tangga.

“Saya berharap sesiapa yang terjumpa isteri saya supaya dapat memaklumkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi saya menerusi talian 017-3246352,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing mengesahkan menerima laporan. BH

Isteri hilang selepas keluar bekerja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker