Hari terakhir potong kuku bagi yang sudah berniat ibadah korban



Hari terakhir potong kuku bagi yang sudah berniat ibadah korban

Hari ini, Khamis, bersamaan dengan 30 Jun dan juga 30 Zulkaedah merupakan hari terakhir untuk memotong rambut, misai dan seumpamanya pada anggota badan serta kuku bagi mereka yang menyertai korban pada tahun ini.

Masuk sahaja 1 Zulhijjah maka kita dilarang secara makruh tanzih untuk melakukan ke semua perbuatan tersebut sehingga haiwan korban selesai disembelih.

Walaupun dilarang, ia tidak sampai jatuh hukum haram, tetapi kita sangat dimakruhkan (makruh tanzih) seperti Imam Al-Baijuri ada menyatakan, melakukan makruh tanzih akan merosakkan sesuatu ibadat.

Maka, bagi yang sudah berniat untuk berkorban, batas akhir untuk membersihkan diri (memotong kuku dan rambut) adalah pada esok hari yang juga bertepatan dengan 30 Dzulqa’dah 1441 H.




Diriwayatkan dalam sebuah hadis:

ﺇِﺫَﺍ ﺩَﺧَﻠَﺖِ ﺍﻟْﻌَﺸْﺮُ ﻭَﺃَﺭَﺍﺩَ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﺃَﻥْ ﻳُﻀَﺤِّﻰَ ﻓَﻼَ ﻳَﻤَﺲَّ ﻣِﻦْ ﺷَﻌَﺮِﻩِ ﻭَﺑَﺸَﺮِﻩِ ﺷَﻴْﺌًﺎ

“Apabila telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang dari kalian telah berniat untuk berqurban, maka janganlah ia memotong rambutnya dan kulitnya sedikitpun.” (HR. Muslim).

Barang siapa yang melanggar ketentuan ini kerana lupa atau belum tahu hukumnya maka ia tidak berdosa, tidak pula membayar fidyah atau kaffarah.

Barang siapa yang melanggarnya dengan sengaja maka hendaklah ia bertaubat kepada Allah ta’ala dan tidak ada kewajiban fidyah atau kaffarah atasnya.




Hari terakhir potong kuku bagi yang sudah berniat ibadah korban


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000



Leave a Reply

Your email address will not be published.