Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)

Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)

BAYAN LEPAS – Tidak puas hati disaman kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu dipercayai punca seorang jurutera mengasari polis trafik dalam kejadian di Jalan Tun Dr Awang di sini semalam.

Selain itu, lelaki berusia 51 itu juga dikatakan ingkar arahan agar tidak membuat rakaman menggunakan telefon bimbitnya ketika anggota polis tersebut sedang mengeluarkan saman terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku semalam kira-kira jam 6.30 petang ketika anggota berkenaan melalui jalan tersebut sebelum terlihat suspek menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Anggota tersebut cuba menahan suspek kerana menghalang polis menjalankan tugas selain merampas telefon bimbitnya untuk siasatan namun suspek bertindak menggunakan kekerasan jenayah.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan anggota dalam insiden itu sebelum dia berjaya ditahan.

“Suspek kini direman selama tiga hari sehingga 30 Jun ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 dan Seksyen 188 akta yang sama.

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi dua minit 56 saat yang memaparkan seorang pemandu kereta bertindak mengasari anggota polis trafik di tepi jalan berhampiran Penang International Commersial City di Jalan Tun Dr Awang.

Berdasarkan video itu, suspek dilihat mahu merampas semula telefon bimbit miliknya dalam milikan anggota berkenaan sehingga berlaku pergelutan. MG

Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker