Lim tersenyum terima suapan – Saksi

Lim tersenyum terima suapan – Saksi

Invois, baucar palsu untuk keluar duit syarikat sogok Lim – Saksi

Bekas naib presiden kanan Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBSB) memberi keterangan bahawa invois dan baucar pembayaran (PV) dipalsukan untuk mengeluarkan wang syarikat sebagai sogokan kepada Lim Guan Eng.

Azli Adam hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa cek berdasarkan dokumen palsu telah digunakan oleh pengarah eksekutif kanan syarikat tersebut Zarul Ahmad Mohd Zulkifli untuk mengeluarkan wang berkenaan yang kemudian diberikan kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.

Saksi pendakwaan ke-24 itu berkata Zarul mengarahkannya mendapatkan khidmat pihak ketiga yang tidak dinamakan bagi mendapatkan kepala surat palsu dan format dua syarikat tidak aktif – Sinar Bina Consultancy Services (SBCS) dan Bintang Ria Engineering (BRE).

Dia memberi keterangan bahawa pemalsuan ini, yang dilakukan antara 2012 dan 2017, kemudian digunakan untuk mendapatkan cek yang membolehkan Zarul mengeluarkan wang daripada CZBSB sebagai bayaran rasuah kepada Lim.

‘Tersenyum terima suapan’

Azli mendakwa antara RM10,000 dan RM15,000 telah dibayar kepada orang tengah yang tidak dinamakan itu untuk mendapatkan invois palsu terbabit.

“Saya mengesahkan bahawa saya dimaklumkan oleh Zarul (susulan penahanan Zarul oleh SPRM pada 2018) berhubung pembayaran rasuah kepada Lim Guan Eng, sebahagian daripada wang yang ditunaikan menggunakan invois dan PV SBCS dan BRE berdasarkan modus operandi pemalsuan dokumen,” dakwa Azli.

Sebelum ini, Zarul (gambar, bawah) memberi keterangan bahawa Lim tersenyum apabila menerima suapan RM100,000 pada 2013.

Ahli Parlimen Bagan Datuk Lim dibicarakan atas empat pertuduhan rasuah yang dikaitkan dengan projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Lim berhadapan pertuduhan pertama menggunakan kedudukan sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, iaitu syarikat milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,

Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di Kuala Lumpur pada Mac 2011.

Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala pasukan pembelaan diketuai peguam Gobind Singh Deo. Mk

Lim tersenyum terima suapan – Saksi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker