Hakim tegur Guan Eng buat kenyataan perbicaraan luar mahkamah

Hakim tegur Guan Eng buat kenyataan perbicaraan luar mahkamah

Mahkamah Sesyen memberi amaran kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya tidak membuat ulasan mengenai perbicaraan rasuah terowong dasar laut yang dihadapinya.

Hakim Azura Alwi berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Lim kepada media Jumaat lepas selepas pendengaran berakhir.



Lim memberitahu wartawan bahawa jejak wang tidak wujud dan dakwaan ahli perniagaan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli terhadapnya adalah palsu.

Azura berkata, beliau berharap ia tidak akan berulang lagi.

“Perkara ini berlaku ketika kes ini kali pertama dibawa ke mahkamah. Saya telah berkata bahawa pihak dalam kes ini tidak patut membuat sebarang kenyataan sub judice,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu mahkamah, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat laporan polis terhadap Lim minggu lepas.



“Kami berharap mahkamah mengeluarkan amaran terhadap tertuduh (Lim) agar perkara seperti itu tidak akan berulang lagi,” katanya.

Peguam utama Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah bahawa mereka menerima teguran itu.

“Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan,” katanya.

Lim dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminta Zarul, iaitu pengarah Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd Zarul, potongan 10% daripada keuntungan projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion dan menerima RM3.3 juta sebagai sogokan.



Beliau turut berdepan dua tuduhan dengan curang menyebabkan dua plot tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta dilupuskan kepada dua syarikat. FMT

Hakim tegur Guan Eng buat kenyataan perbicaraan luar mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran



Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker