Mat Kilau kutip Rm7j dalam tiga hari

Mat Kilau kutip Rm7j dalam tiga hari

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan terus meledak apabila meraih kutipan RM7 juta dalam tempoh tiga hari ditayangkan di pawagam, sejak Khamis lalu, berdasarkan maklumat terkini diperoleh penerbit.

Sebelum ini, filem terbitan Studio Kembara arahan Syamsul Yusof itu dilaporkan mencipta rekod sebagai filem epik tempatan pertama mengutip RM1 juta pada hari pertama tayangan.



Diikuti pada hari kedua, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan meraih kutipan RM1.8 juta dan hari ketiga menghampiri RM3 juta.

Penerbit merangkap Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali ketika dihubungi tidak menyangka filem kebanggaannya itu terus mencipta fenomena.

“Kami bersyukur kepada Allah atas sambutan hangat yang diterima secara berterusan terhadap filem ini. Angka kutipan itu juga diambil kira membabitkan pawagam di Singapura dan Brunei.

“Angka tepat kutipan dijangka bertambah lagi membabitkan semua pawagam dalam negara dan di dua negara terbabit,” katanya BH Online.



Abdul Rahman berkata, kejayaan dicapai tidak lengkap tanpa sokongan jitu penonton yang terus membanjiri pawagam.

“Kami terharu atas kepercayaan ini. Ia membakar semangat kami untuk terus menghasilkan karya yang terbaik pada masa mendatang,” katanya.

Abdul Rahman menambah, kutipan jualan tiket hari pertama sudah cukup memberi bererti kepada pihaknya.

“Inikan pula angka RM7 juta. Sukar dipercayai… Tetapi Alhamdulillah atas nikmat indah ini.



“Perkara ini sangat memberi simbolik kepada kami dan industri seni amnya. Apatah lagi, filem sebegini sarat mesej. Malah dinanti-nantikan sekian lama oleh peminat wayang,” katanya.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membariskan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Datuk Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa’ri dan Wan Hanafi Su. BH

Mat Kilau kutip Rm7j dalam tiga hari


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)



Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker