Pendakwaan Terpilih PH dan PN Mula Terbongkar

Oleh Nurul Aisyah

BUKAN lagi rahsia kerajaan Pakatan Harapan(PH) dan Perikatan Nasional (PN) menganiaya pemimpin Barisan Nasional(BN) yang enggan mengikut telunjuk mereka apabila PH menang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu.

Pemimpin BN seperti Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid Hamidi menjadi mangsa penganiayaan kejam PH dan PN. Kes-kes yang melibatkan kedua-dua pemimpin ini merupakan pendakwaan terpilih. Rakyat tahu perkara ini.



Cuma apabila David Tan, saksi utama dalam perbicaraan rasuah Zahid, telah memberi keterangan bahawa selain bekas timbalan perdana menteri itu, pemimpin lain juga telah menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) maka bukti nyata dan sahih itu secara tidak langsung membongkar pendakwaan terpilih yang dibuat oleh PH dan PN selama ini.

Mereka yang turut menerima dana dari UKSB termasuk bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal, bekas menteri luar negeri Anifah Aman, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican, dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dalam perkara ini, Datuk Seri Najib Razak membidas pelantikan dibuat PH ketika mengulas gesaan mereka agar menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnya tidak memulakan siasatan terhadap beberapa ahli politik yang disebut dalam perbicaraan kes tersebut.

Latheefa Koya telah dilantik sebagai ketua agensi antirasuah pada 4 Jun 2019, semasa PH memerintah, manakala Zahid didakwa menerima rasuah daripada UKSB pada 26 Jun 2019.



Malah Tommy Thomas adalah peguam negara pada ketika itu.

“Jadi, jika nak siasat kenapa SPRM tidak menyiasat dan tidak didakwa masa itu pun, siapa yang patut disiasat?,” soalnya dalam hantaran Najib di Facebook.

PH dan PN dilihat merancang menganiaya Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid Hamidi dengan membuat pendakwaan terpilih. Salah laku PH dan PN ini mula terbongkar satu persatu. Akhirnya rakyat akan dapat melihat segala kejahatan dan kekejaman mereka. PH dan PN yang perlu disiasat bukannya SPRM. Merekalah punca sebenar semua masalah yang berlaku dalam negara kita.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker