Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib

Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib

Najib Razak membidas pelantikan dibuat Pakatan Harapan (PH) ketika mengulas gesaan menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak memulakan siasatan terhadap beberapa ahli politik yang disebut dalam perbicaraan kes rasuah, Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Pekan itu, berkata Latheefa Koya telah dilantik sebagai ketua agensi antirasuah pada 4 Jun 2019, semasa PH memerintah, manakala Zahid didakwa menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), pada 26 Jun lalu, iaitu pada tahun sama.

Najib juga berkata, Tommy Thomas adalah peguam negara pada masa itu.

“Jadi, jika nak siasat kenapa SPRM tidak menyiasat dan tidak didakwa masa itu pun, siapa yang patut disiasat?,” soalnya dalam hantaran di Facebook.

Awal hari ini, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat SPRM kerana tidak menyiasat individu selain Zahid, yang didakwa menerima sogokan daripada UKSB.

C4 menggesa SPRM mengeluarkan kenyataan umum mengenai kegagalannya melancarkan siasatan terhadap ahli politik lain yang didakwa mempunyai kaitan dengan UKSB walaupun mempunyai akses kepada kandungan lejar syarikat yang memperincikan dakwaan pembayaran.

David Tan, saksi utama dalam perbicaraan rasuah Zahid, telah memberi keterangan bahawa selain bekas timbalan perdana menteri itu, pemimpin lain juga telah menerima dana daripada UKSB.

Mereka termasuk bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal, bekas menteri luar negeri Anifah Aman, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican, dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Muhyiddin, Anifah dan Khairy sejak itu menafikan menerima sebarang dana daripada UKSB. FMT

Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker